Wednesday, February 13, 2013

BR1M : Amalan yang dicontohi daRi Tandas Awam





Sila jirus air selepas digunakan, itulah yang senario sebenar pemberian BR1M.



 Najib dengan terang terangan sekali memberi rasuah supaya mengundi BN dalam pilihan raya akan datang. Pemberian “taik” yang dihulurkan kepada rakyat diperkenalkan selepas pilihanraya bakal diadakan, tapi setelah berhadapan dengan pelbagai isu, pilihanraya ditunda sehingga kini dan menjadi tanda tanya bila akan ianya diadakan.

Bagaikan menggadai maruah sendiri, BR1M 2.0 pula dilanjutkan dan sememangnya bermotifkan pilihanraya kerana salah satu usaha Najib membeli undi rakyat.

Usaha ini bagaimanapun membuahkan hasil kerana ada segelintir rakyat menyambut baik pemberian yang dihulurkan tapi mengundang 1001 kemusykilan buat pemerhati dan pakar ekonomi. Najib dilihat lebih mahu memufliskan negara melalui satu demi satu pemberian “taik” yang diperkenalkan. Melalui saluran mana wang yang diperolehi untuk menampung pemberian BR1M?

 Dengan situasi ekonomi dunia yang sedang mengalami kejatuhan, Najib begitu senang membelanjakan Wang keRajaan, membeli anugerah popular buatnya di mata masyarakat. Pemberian yang tidak seberapa dicanang setinggi-tingginya umpama mampu memberi keselesaan ‘infiniti’. Penipuan diteruskan lagi dengan menggunakan slogan “Janji Ditepati” sedangkan Najib menyembunyikan ‘telornya’ untuk beRani mengekalkan dasar ini sepanjang tahun dan bukannya bermusim tika datangnya pilihanraya.


Dengan hanya nilaian RM500 untuk setiap seorang yg mempunyai tanggungan, Najib merasakan pemberian itu sudah sangat lumayan. Berdosa pada mana-mana penerima BR1M melawan keRajaan yang dipimpin Najib. Pengorbanan Najib sememangnya sudah cukup besar sekali. Rakyat sudah didahulukan dan pencapaianlah yang menjadi keutamaan buat beliau. Tahniah, syabas, dan terima kasih Dato Sri.

Perbandingan cukup mudah, cuba lihat negara yang lagi miskin, sudah tentu keRajaan mereka gagal berbuat seperti apa yang sedang dilakukan oleh BN sekarang. Selaras dengan pembeRian BR1M, kenaikan cukai pula tidak membebankan, sungguh menyenangkan rakyat yang merasai. Semestinya Najib memerlukan balasan setelah apa yang telah dikorbankan buat rakyat. Jadi marilah kita sama-sama ‘MENJIRUS AIR SELEPAS MENGGUNAKANNYA’.

Monday, February 11, 2013

PEKIDA : keRukunan atau Ancaman

kita tinggalkan dahulu bahang panas Setia Hujung Nyawa dan yang pastinya aku tetap akan keluarkan entry ke 2 untuk meneruskan kesinambungannya.

Entry aku untuk kali ini ditujukan khas buat sahabat baik, Zulkif(Pijoe). Panglima Bentan pada aku. Tidak gentar aku meredah dunia selagi ada sahabat seperti kamu disisi.



Time2 pilihan raya nak berlangsung ni, memang banyak betul bendeRa dan banner dari pelbagai paRti dinaikkan sepanjang jalan. Mungkin sedikit sebanyak boleh mempengaruhi minda masyaRakat yang akan berkuasa nanti untuk memilih.

Pembangkang mahukan tampuk pimpinan keRajaan, dan keRajaan pulak mahu kekalkan pemeRintahan.
Mempunyai Negara berkuantitikan  28juta penduduk, semestinya banyak pendapat yang berbeza mengenai haluan politik, dan yang pasti rakyat dambakan coRak pemeRintahan teRbaik untuk tanah air mereka.
Tapi hati aku teRgerak sekali bila terpandang berkenaan satu Banner yang diangkat menjulang seorang Ayahanda PEKIDA. Majlis Penganugerahan Pangkat Dato kepada Ayahanda tersebut. Tak perlulah aku jelaskan dengan detail cumanya aku ingin tahu sekali peRihal peRsatuan ini. Sejauh mana bakti kepada rakyat  yang dicurahkan sehinggakan pemimpin mereka diberikan pengiktirafan dalam masyarakat di Negara ini.

Mungkin hanya aku seorang yang kurang pengetahuan mengenai persatuan PEKIDA.

Sebelum ini pun kalau dengar cerita berkenaan PEKIDA, xde pasal lain, mesti bunyi mcam filem gangster. In fact, rakyat macam takut bila nak sebut PEKIDA. x macam PENGAKAP atau St. John Ambulans boleh dilaung2kan dengan riang ria x kire di mana pun berada.

First, ape yang aku buat adalah bertanya pada JKKK. Serius bukan gurauan, aku mahukan sudut pandangan daRi wakil keRajaan sendiri mengenai PEKIDA.

Soalan diajukan dan jawapan yang diberikan adalah “PEKIDA ni persatuan Silat kan?” aku kurang jelas, itu jawapan atau soalan pembalikkan??

aku ajukan lagi soalan, sengaja untuk berseloroh. “kalau kereta kita accident dengan ahli PEKIDA, berlaku salah faham  pastu dia hello kawan2 dia datang  3,4 orang kasi hentam sama kita, tu ke hasil yang dapat klau join persatuan ni??”.
Senyum kecil dilemparkan kepada aku seraya berkatalah Pak Cik JKKK itu..  “klau macam tu, join la PEKIDA.” confirm kurang pengetahuan jugak Pak Cik JKKK ni.

Hampa sekali dengan hasil yang dapat dari Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung. aku pulang n Google sendiri maklumat berkenaan PEKIDA. banyak yang aku jumpa, tak menghampakan cuma  

………………………….................................................................................................................


Susah untuk teRangkan keseluruhannya kerana mungkin ada khilaf dalam entry yang aku tulis ini. Untuk perkongsian, aku akan kasi fact type.

1.       PEKIDA adalah badan bukan kerajaan(NGO).
2.       Seramai 3 juta ahli di seluruh Negara.
3.       Berpegang teguh kepada konsep perjuangan berpandukan Al Quran dan Hadis juga mempunyai cogan kata “Amal Makruf, Nahi Mungkar”. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
4.       Menggunakan Lambang tiga garisan warna. Hijau(bersatu), Kuning(taat), Merah(setia)
5.       Lebih berkisarkan kepada aktiviti kekeluargaan seperti kenduri kendara, kematian dan sebagainya. 
6.       Pemimpin tertinggi dalam PEKIDA dipanggil Ayahanda/Bonda, seterusnya Abang Long/Kak Long, dan Abang Kawasan yang dilantik mengikut hirarki. Panggilan berbentuk seperti ini diberikan kerana persatuan ini amat mementingkan semangat kekeluargaan.

Nampak seperti bersih dan tiada apa yang hitam kan di dalam Persatuan ni. Namun kenapa ada ketakutan kepada pergerakan kumpulan yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran?

Timbul pula pecahan dari ahli yang keluar dari persatuan dan menubuhkan kumpulan baru yang berhaluan kiri. Mana perginya semangat bersatu, taat dan setia kepada keluarga? Apa pula tindakan Ayahanda akan anak-anaknya yang degil? Adakah keluarga PEKIDA ini gagal membentuk ahlinya sendiri? Muncul jenama baRu yang seringkali dikaitkan dengan PEKIDA, antaranya adalah 3 LINE yang dianggap Gangster Melayu. Mempraktikkan sistem Hirarki berkumpulan dan mempunyai gelaran yang saling tak ubah seperti PEKIDA itu sendiri.

Dilaporkan pergolakkan dan konflik dalaman persatuan ini mengakibatkan pergaduhan sesama MELAYU. Turut dilaporkan ada di antara mereka yang terjebak dalam kes peras ugut di sesetengah kawasan. Masih relavan kah sebenarnya matlamat penubuhan Persatuan kekeluargaan ini? Melayu yang sepatutnya menjaga kaumnya sendiri kini mula berpecah dan terumbang ambing.

Pengiktirafan yang diberikan kepada Ayahanda sepatutnya ditarik balik selagi kemelut dalaman tidak diselesaikan Kerukunan yang diharapkan kini sudah menjadi satu ancaman. Konsep PEKIDA itu sendiri sudah boleh digubal semula seiring dengan peredaran waktu.

Aku lebih suka jikalau berlaku sesuatu musibah sebagai contohnya tayar kereta bocor di tepi jalan, ade orang berhenti dan memperkenalkan diri sebagai Ahli PEKIDA datang membantu. Alangkah lega rasa hati dan nama PEKIDA itu sendiri akan harum. Waalahualam..


Saturday, February 9, 2013

KeSetian tiDak beRpenghujung..

Sama-samalah kita berfikiRan Positif dan selalu ke depan.. oRang baRat sudah lama maju dengan membelakangkan masalah sosial yang dihadapi oleh mereka satu ketika dahulu.. :)


Friday, February 8, 2013

Melayu kini.. Otak letak dekat Lutut..


antara Scene2 yang telah dibuang daRi Drama "Setia Hujung Nyawa". Terima kasih kepada Penulis, pRoducer, pengaRah, pelakon dan semua kRu-kRu kerana menjayakan dRama ini. Pastinya pengajaran dan nilai-nilai yang diterapkan bakal memberi kita panduan untuk hidup ke arah masa depan sekaligus merealisasikan Wawasan 2020 yakni tiada lagi masalah Sosial dan ketelanjuran itu adalah normal jikalau kita sentiasa berfikiran terbuka.

Thursday, February 7, 2013

Jadi lah seperti Anjing kepada Tuannya.. Setia Hujung Nyawa. (paRt One)


Demam El Salina dan Zain Hakimi masih belum kebah lagi biar pun drama yang dimainkan ini sudah tamat episodnya. Boleh dikatakan ramai kaum hawa yang mengemari drama adaptasi dari novel ini dan mungkin juga ada segelintir kaum adam yang turut sama menikmati babak-babak kehidupan "Setia Hujung Nyawa" hasil coretan dari penulis Fatin Nabila.
Sememangnya menonton drama adalah jiwa untuk rata-rata suri rumah bagi melenyapkan segala tekanan yang berlaku setelah sekian hari berhempas pulas melayan karenah anak dan suami.

.
.
.
.
.
.
.
Aku sebenarnya tak ambik port sangat perihal drama melayu tapi memandangkan kawan aku begitu taksub bercerita hampir setiap hari mengenai cerita yang ditayangkan di TV3 ini, jadi sedikit sebanyak mempengaruhi aku untuk turut sama menonton drama Setia Hujung Nyawa. Benarkah begitu menarik sekali? Comel ke pelakon yang sering diperkatakan tu? Setia macamane yang boleh dinilai hingga hujung nyawa?

Tidak di permulaan sangat aku menonton drama Setia Hujung Nyawa tapi first impression aku.. Drama ini, Drama SAMPAH!! Banyak sekali yang aku tidak berkenan.. kalau korang semua membaca artikel dan tidak suka cara artikel ini ditulis, tolong maafkan aku sebagaimana korang memaafkan watak EL Salina apabila dia didapati mengandung anak haram. Terima Kasih..



Kita terpukau dengan kecomelan watak yang dibawak oleh pelakon, sungguh berkesan sekali. Fantasi penulis juga sungguh luar biasa dan aku pasti banyak kajian-kajian agama yang telah beliau lakukan sewaktu menulis karya sampah ini. Scene yang menjadi mimpi ngeri buat aku ingat balik El Salina buat-buat jual mahal dekat suaminya yang sah apabila mahu bersama. Begitu innocent, polos, suci, dan mulianya keperibadian seorang perempuan yang masih mahu menjaga kesuciannya apabila sudah mendirikan tangga. Lagaknya tak ubah seperti tidak mengenal apa itu erti Seks. Ketakutannya pada suami tetap disamakan seperti lelaki asing di luar sana. PADAHAL.. Haprak itu semua.. buatkan aku muntah bila diingatkan balik. ade ke Suami yang sah tidak mahu dilayan tapi boifren pula boleh dibelai sehingga mengandung??

Sebagai seorang lelaki, apakah tindakan anda yang se rasionalnye apabila mendapat tahu isteri atau girlfren mengandung anak orang lain?? Dalam cerita ni.. Zain sanggup mendiamkan diri dan memendam semuanya kerana mahu menjaga maruah keluarga. Adakah itu rasional?? itu semua sebenarnya daya imiginasi penulis yang sangat lemah. Cuba kita semua pejamkan mata dan fikirkan sejenak.. fikir sedalam-dalamnya.. apakah yang akan terjadi jikalau kita Isteri(untuk perempuan) yang dahulunya pernah mengandung atau tiada dara sebelum berkahwin dengan suami dan diketahui oleh Suami dan juga Suami(untuk lelaki) tahu berkenaan si isteri yang pernah mengandung anak haram atau tiada dara.. Apa yang akan berlaku Tuan Tuan dan Puan Puan? Rasanya ketika itu baik mati dari hidupkan.. Munkin juga ada yang bersedia untuk dibunuh oleh Suami.. hahaha!!

Jalan cerita ini cukup memberi pengajarankan.. Pengajaran di mana kita diajar untuk menerima pasangan seadanya dan mungkin ini akan menjadi trend di masa hadapan. Tidak mengapa terlanjur, yang penting dapat kahwin dan bertaubat, kalau dibuat lagi.. bertaubatlah lagi.. Rakyat Malaysia semuanya pemaaf. Tidak mengapa. Terlanjur bukan lagi masalah sosial.. Jikalau ada lagi yang memikirkan sebegitu, anda semua kolot dan bukan peminat "Setia Hujung Nyawa".

Watak-watak dalam cerita ini semuanya merapu.. Hadi sebagai sahabat karib boleh nak memporak perandakan rumah tangga sahabat sendiri?? tak logic.. ooo... Mungkin baru kenal 2 hari kot. tak pun kenal dekat faceBook pastu amik kerja kat ofis, then poop jadi lah kawan baik.. BullShit!! ditulis Hadi ni kaki perempuan, tapi takde pulak aku tengok Hadi berfoya-foya?? betul ke kaki perempuan ke kaki dia jenis halus macam perempuan... hahaha!! Apa yang hebat sangat El Salina sampai kawan boleh makan kawan? Sebab comel ke?? tak berbaloi.. banyak lagi di Dunia ni ade awek yang tersangat comel.. Kesimpulannya watak Hadi ni mmg tak masuk akal.

Ikram pulak yang tak putus asa nak mengorat lagi bekas awek terlanjur dia ni.. Macam dah takde perempuan lain. heRan aku dengan penulis? daya imiginasi letak kat lutut ke? kalau sayang.. kenape tinggalkan.. pastu datang balik? ade adengan semayang si Ikram ni.. kire alim jugak la. tapi Isteri orang diganggu? mintak lagi suruh berceRai??? WTF!!

Banyaknye aku tulis.. tapi tak habis lagi tau.. Tunggu bahagian ke-2...  : p



Wednesday, February 6, 2013

Untuk 1080 haRi yang lalu..


Aku tak sabaR untuk mulakan post baru dalam Blog.. banyak sekali yang ingin aku luahkan.. tapi untuk post pembukaan.. marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas di tahun 2013 ini. Doakan peRkara yang baik berlaku dalam diri dan jangan berhenti untuk bermimpi anak Melayu ku..

Thanks guys..

I'm Back..!!

3 Tahun lalu dengan semangat yang beRkobaR-kobaR.. aku cReate Blog dengan haRapan dapat mengubah Dunia.. tapi selepas beberapa post.. Semangat itu tiba-tiba mati dan hilang entah kemana.. tapi setelah aku meniti berbagai cobaan hidup, kini.. aku KEMBALI lagi.