Wednesday, February 13, 2013

BR1M : Amalan yang dicontohi daRi Tandas Awam





Sila jirus air selepas digunakan, itulah yang senario sebenar pemberian BR1M.



 Najib dengan terang terangan sekali memberi rasuah supaya mengundi BN dalam pilihan raya akan datang. Pemberian “taik” yang dihulurkan kepada rakyat diperkenalkan selepas pilihanraya bakal diadakan, tapi setelah berhadapan dengan pelbagai isu, pilihanraya ditunda sehingga kini dan menjadi tanda tanya bila akan ianya diadakan.

Bagaikan menggadai maruah sendiri, BR1M 2.0 pula dilanjutkan dan sememangnya bermotifkan pilihanraya kerana salah satu usaha Najib membeli undi rakyat.

Usaha ini bagaimanapun membuahkan hasil kerana ada segelintir rakyat menyambut baik pemberian yang dihulurkan tapi mengundang 1001 kemusykilan buat pemerhati dan pakar ekonomi. Najib dilihat lebih mahu memufliskan negara melalui satu demi satu pemberian “taik” yang diperkenalkan. Melalui saluran mana wang yang diperolehi untuk menampung pemberian BR1M?

 Dengan situasi ekonomi dunia yang sedang mengalami kejatuhan, Najib begitu senang membelanjakan Wang keRajaan, membeli anugerah popular buatnya di mata masyarakat. Pemberian yang tidak seberapa dicanang setinggi-tingginya umpama mampu memberi keselesaan ‘infiniti’. Penipuan diteruskan lagi dengan menggunakan slogan “Janji Ditepati” sedangkan Najib menyembunyikan ‘telornya’ untuk beRani mengekalkan dasar ini sepanjang tahun dan bukannya bermusim tika datangnya pilihanraya.


Dengan hanya nilaian RM500 untuk setiap seorang yg mempunyai tanggungan, Najib merasakan pemberian itu sudah sangat lumayan. Berdosa pada mana-mana penerima BR1M melawan keRajaan yang dipimpin Najib. Pengorbanan Najib sememangnya sudah cukup besar sekali. Rakyat sudah didahulukan dan pencapaianlah yang menjadi keutamaan buat beliau. Tahniah, syabas, dan terima kasih Dato Sri.

Perbandingan cukup mudah, cuba lihat negara yang lagi miskin, sudah tentu keRajaan mereka gagal berbuat seperti apa yang sedang dilakukan oleh BN sekarang. Selaras dengan pembeRian BR1M, kenaikan cukai pula tidak membebankan, sungguh menyenangkan rakyat yang merasai. Semestinya Najib memerlukan balasan setelah apa yang telah dikorbankan buat rakyat. Jadi marilah kita sama-sama ‘MENJIRUS AIR SELEPAS MENGGUNAKANNYA’.

No comments:

Post a Comment