Wednesday, January 20, 2010

Kelantan, Budu Dan ...


Minggu lepas sepatutnya menjadi hari yang paling mengembirakan untuk permulaan tahun 2010 buat aku kerana mengikuti trip ke Kelantan, Negeri Lindungan Kaabah ini. Khabarnya orang di sana peramah serta awek2 mereka sangat hot. Terujanya aku sehinggakan tidurku didatangi oleh seorang wanita yang sangat indah parasnya. Aku agak mungkin ini jelmaan Cik Siti Wan Kembang barangkali. Lagaknya sungguh sopan dan santun, langkahnya diatur dengan tertib, sungguh mempersonakan.. aku disapanya. “abe, nok beli Budu ambo dop?” Gayaku seperti dipukau, langsung ku borong ke semua budu gadis ini. Tersedar saja aku dari tidur, aku beranggapan nasib aku baik barangkali jikalau bertandang ke Kelantan kali ini
.

5 jam aku berada di dalam bas dengan penuh rasa sabar, perasaan teruja ku tahan. Bagi meningkatkan tahap keyakinan dan kemacholan aku, spek hitam yang aku pakai tidak dibuang2. Nafasku turun naik umpama kerbau memandangkan abis awek-awek ofis tidak jemu mengintai aku.. Ya.. aku sedari itu semua. Namun tetap aku diamkan. Biar sahaja kemacholan ku terserlah. Mungkin mereka semua sudah terpaut padaku.. hahahaha.

Dalam hatiku, Aku sudah bersedia menghadapi awek-awek hot di Kelantan. Tunggu saja ketibaan Lelaki sejati pujaan kaum hawa ini.

Tiba di sana, kami dibawa menginap di sebuah Hotel di Kota Bharu,Billion. Permulaan jadual adalah melawat sekitar Wakaf Che Yeh. Khabarnya di sana tapak pasar malam terkenal di Kelantan, umpama Downtown di ibu kota.

Seluruh tubuh aku mengeletar, aku gengam erat tanganku manakala mata dipejam. Sekuat hatiku melaungkan “YES..!!”

Mungkin benar di Wakaf Che Yeh mimpiku menjadi Realiti. Bertemu gadis di dalam mimpi. Lagu-lagu cinta berkumandang difikiran. Mak, akhirnya anakmu ini bakal bertemu jodoh. Merah padam muka aku pada masa itu. Aku akan siapkan duit sebanyaknya untuk memborong semua budu-budu gadis tersebut sepertimana yang terjadi dalam mimpiku. Dia sudah menyeru aku di dalam mimpi. Ini adalah petandanya!!

9.00 Malam; Di Wakaf Che Yeh, mataku meliar mencari gadis di dalam mimpi. Spek hitam tidak lagi aku pakai, fikiranku masih rasional. Bukan orang buta pakai spek malam2. Takkan nak buat malu pulak. Namun perasaan hampa menimpa diri ku, tidak jua ku jumpai gadis tersebut. Hampir 1jam aku berhempas pulas. Tiba-tiba, berkumandang suara merdu menyanyikan lagu Hindustan. Suaranya tak ubah seperti Alka Yagnik. Oh.. merdu sekali, tersentuh kalbuku ini. Tak sangka di Kelantan ini ada seorang gadis yang berbakat besar sekali setaraf artis International. Mungkin dia ini yang ku cari..

Gadis berdendang alunan Hindustan, kena sekali dengan jiwa aku. Hahaha… aku lihat sekumpulan orang yang sedang menikmati dan ada seorang gadis di kalangannya. Excited punya pasal aku redah lautan manusia menghampiri gadis tersebut. Lenggok lentoknya sungguh mengasyikkan, goyangannya amat maut sekali. Patutlah negara Haiti dilanda gempa bumi berukuran dalam skala 7.0 Ritcher baru-baru ini.

Semakin ku menghampiri, berdebar-debar perasaan ini. Sehinggalah jelas di mataku. Uweekk.. muntah hijau aku. Uwekk.. Uwekk.. JANTAN rupanya. Mintak simpang malaikat 44. Menyesal diri ini kerana menyimpan hasrat untuk memiliki lelaki ini. Gadis yang diharapkan, Jantan yang dapat. Sampai ke hari ini rasa geli bila memikirkan. Hilang abis mood berada di Kelantan.

Sungguh menghairankan, kenapalah Abe-Abe Kelate yang tampak Jantan-jantan ini mengasyikkan diri dengan dendangan lelaki menyerupai wanita. Mereka kelihatan sunggu terhibur. Bukankah Kelantan amat mementingkan sifat kelakian lihat saja perlawanan bola sepak, Kelantan no 1 Bergomo, bakar situ bakar sini. Semua kecut perut melihatkan aksi ganas dan bertenaga daripada penyokong Kelantan. Begitu juga pasal politik, tidak kalah Kelantan dan mempunyai ramai para ulama. Tapi kenapa umpamanya seperti menyokong lelaki yang menyerupai wanita?

Sekembalinya aku di rumah, aku ada membuat sedikit research di internet, dan aku temui, lelaki yang menyanyikan lagu hidustan itu di kenali sebagai Kajol di sana. aku umpilkan video dia dalam blog aku. Klau korang nak lebih, carilah sendiri.. berlambak dalam Youtube. Seram sejuk bila tgk. Hendak menikmati nyanyian Alka Yagnik itu sendiri, bulu roma aku sudah berdiri. Teringatkan visual kejadian di Negeri Kelantan, Negeri Lindungan Kaabah.

Bilakah agaknya mimpi ngeri ini akan berakhir…

Tuesday, January 19, 2010

Kisah Semut



19 January 2010 ;

Ketika mendonggak ke langit, Jusoh termenung seketika mengenangkan sanak saudaranya yang kian kelaparan. Mengenang nasib adiknya Rogayah yang tidak mungkin bertemu jodoh angakara bentuk tubuh yang kurus. Kelihatan sepertinya berpenyakit, kurus dan lemah sekali. Mana mungkin menarik lawan jantinanya untuk dibuat pasangan jikalau berkeadaan begitu. Berderai air mata Jusoh. Perasaan sedih dibenaknya hanyalah sia-sia. Derita makhluk kenit yang digelar semut ini mustahil dirasai oleh Manusia yang merajai Dunia. Benar, Jusoh seekor Semut..

Mengimbas kembali kenangan lalu, Moyang Jusoh, Sidek mengetuai kumpulan semut dari Filipina berhijrah ke Malaysia pada tahun 1961 kerana mengetahui ada seorang Raja Gula Asia telah dinobatkan di Tanah Malaysia. Harapan beliau adalah untuk tidak lagi melihat anak bininya kelaparan dan itu terbukti kerana Robert Kuok selaku Raja Gula Asia menguasai 80% peratus pasaran Gula di Malaysia. Di waktu itu spesis semut amat gembira dan semuanya gemuk2.

Gula sememangnya menjanjikan keuntungan. Masakan tidak, Robert Kuok dijulang selaku manusia terkaya di Asia. Harganya akan sentiasa naik dan terus naik. Komoditi dagangan ini sekarang dikawalselia harga dan bekalan melalui Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. Di kedai makan mahupun di rumah2, semut2 sukar mendapati Gula.

Kesan kenaikan harga dan kekurangan bekalan turut mempengaruhi banyak pihak. NGO-NGO yang prihatin menyuarakan pendapat dan menghantar petisyen pada pihak yang berkenaan, Pembekal serta peruncit pula ada yang menyorokkan gula. Bagi mereka, duit adalah segala-galanya. Tiada langsung sifat jujur dalam melaksanakan perniagaan. Mereka(manusia) amat pelik kerana mengagungkan duit, sejenis kertas yang di atasnya mempunyai lakaran kepala seorang Raja. Pada mereka duit adalah segalanya berbeza sekali dengan sifat semut yang mengutamakan kerjasama serta hati budi yang baik. Tidak ketinggalan Pemilik Premis makanan yang menaikkan harga sesuka hati, sungguh pandai mengambil peluang orang meniaga ini kan? Bukan sahaja gula, Levi(bayaran yang dikenakan pada Pekerja Asing) naik pun mereka akan menaikkan harga jualan. Itu belum dikira lagi dengan isu kenaikan harga minyak.

Kerajaan Manusia tidak mampu berbuat apa-apa, kata mereka; cuaca buruk di India dan Brazil telah menyebabkan kedua-dua pengeluar terbesar gula ini menghadapi kekurangan 5 juta metrik tan pengeluaran gula. Komoditi ini juga menerima tekanan kenaikan harga akibat daripada penggunaan tebu bagi menghasilkan biobahan api. Itu kata merekalah.. Semut kurang mengerti Politik Manusia. Jusoh pernah mendengar kata-kata Pak Aji Usop di warung kopi, seorang Manusia yang senantiasa mengenakan pakaian berwarna hijau dan berserban, “inilah akibat klau hangpa semua pi duk sokong Kerajaan, Depa orang ataih nu pikiaq duit saja!! Sekarang siapa yang terpaksa tanggung? Rakyat jelata!!”.

Kini nasib semut-semut sekali lagi berulang sepertimana yang berlaku di Filipina pada tahun 60-an. Benarlah kata pepatah, Semut mati kerana Gula.. Hidup ini tak ubah seperti roda. Kadangkala hidup ini di atas, kadangkala di bawah. Jusoh perlu membuat keputusan segera. Adakah dia perlu berhijrah sepertimana yang dilakukan oleh Moyangnya dahulu ataupun dia tawakal kepada Allah, berharap berlaku keajaiban disuatu hari nanti dan yang pastinya dia perlu lekas bertindak..

Tamat Cerita Sang Semut..

Sunday, January 17, 2010

Bro Bung Mokhtar IDOLA kami..!!

Assalamualaikum..

Kali ini aku ingin sekali berkongsi mengenai seorang tokoh yang boleh dijadikan idola korang. lately, beliau amat menarik perhatian aku. mungkin kerana isu yang diperkatakan serta nama beliau sama seperti nama ayah sahabat baik ku yakni Brader Bung Mokhtar. Bagi aku nama Mokhtar ini amat berhantu kerana ianya selalu dipasangkan dengan orang yang hebat2. Sebagai contohnya,Mokhtar Dahari. Lagenda Bola Sepak Malaysia.

Berbalik kepada Brader Bung, beliau ini lebih dikenali di Persidangan Parlimen kerana handal berseloka dan sekarang amat hangat diperkatakan mengenai isu perkahwinan beliau dengan pelakon terkenal Zizie Ezzette. Sebelum kita menyelami topik utama, marilah kita sama2 mengenali serba sedikit mengenai Bro Bung kita ini.

Merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah. Dilahirkan pada 15 September 1959 *(kire Zodiak Virgo Brader Bung, tidak hairanlah kerana orang yang berzodiakkan Virgo ini dikatakan dapat memuaskan pasangannya, amat Romantika serta boleh bersabar dengan tingkah laku pasangannya) Hahahah…

Brader kite ini juga berketurunan orang Sungai.. hurmm.. barulah make sense muke beliau ada iras-iras Drebar Lori. Tolak campur.. umurnya baru sahaja 51. Muda lagi…

Jadi, apa yang aku nak tekankan di sini adalah, bukan untuk mengumpat tapi mengucapkan tahniah di atas kejayaan memperisterikan Zizie Ezzette. this information aku dapat dari akhbar.

Cuma aritu aku bace, yang Bung Mokhtar buat statement, “Saya tak Kacak”.. sungguh rendah diri orangnya bRo Bung kita ini. Ya.. mmg kami akui bahawa bRader mmg tak kacak, tapi dengan kesungguhan serta kecekalan, brader Bung berjaya memperisterikan seorang wanita yang begitu mengiurkan di bumi Malaysia ini. Tahniah diucapkan. Kami lelaki melayu merasa bangga dan amat terharu sekali kerana kisah cinta bRader Bung merealisasikan iklan coklat Cadbury, di mana seorang budak nerd yang nak cube test edjust seorang awek hot.. namun apa yang dia ada hanyalah coklat, dan kerana coklat itu.. dia dapat awek tersebut. Iklan itu dikatakan fantasi dan mustahil untuk dikecapi oleh lelaki.. mana mungkin sebegitu senang nak dapat awek Hot, tetapi melalui kisah bRader Bung Mokhtar, iklan itu seumpama menjadi reality tapi dalam bentuk versi Drebar Lori la bukan budak nerd. Lenggok dan lentok Zizie Ezzete serta kemontokannya dan sekaligus kulit putih gebu beliau menjadi igauan setiap lelaki.. hahahaha.. tapi alih2 bRo yang dapat.. hahahaha.. hebat2. Sekali tgk Zizie pun dah macam White Coklat. Wakakaka..

Jauh di sudut hati, kami yakin dan percaya bahawa Cinta ini adalah murni. Jangan terlalu percaya pada propaganda yang mengatakan Zizie dapat Banglo, BMW dan macam2 lah. Zizie bukan seorang yang gilakan kebendaan. Tu semua dah lapuk. Klau ada yang berfikiran buruk terhadap meraka berdua, pasti korang ini tidak percaya pada Cinta Sejati. Korang mesti pernah tgk cerite Beauty and the Beast. Bagaimane sucinya hati Beauty menerima Beast, begitu jualah Zizie menerima Bung Mokhtar. Kita fikirkan secara rasional.. jikalau tgk wajah Brader Bung ini, korang ader selera tak?? Aku boleh terime lagi klau ader girls kat luar sana yang jawab not my type.. tapi ni rate2 jawab takder selera trus. Mintak maaf ekk Brader.. bukan umpat ni, biarlah kisah bRader ni memberi impak serta pedoman pada orang di luar sana. Tapi macamane Zizie yang umpama Tuan Puteri Kayangan ini boleh menerima Bung, klau tak kerana hatinya yang suci dan baik.

Sekali lagi, kami di sini mengucapkan tahniah yang tak terhingga kepada Datuk Bung Mokhtar Radin, diharap selepas ini rumah tangga Datuk kekal hingga keanak cucu, tidak dilupakan pesanan buat Datuk, bersikap adillah pada isteri2. Jangan leka pada yang baru saja.. hahahhahha.. Sekian..

Saturday, January 16, 2010

Lelaki Melayu Bukan Pilihan..

Baru-baru ni aku ade borak2 kosong dengan kawan2.. tetibe keluar topik pasal perempuan melayu sudah tidak memilih lelaki berbangsa melayu.. Menarik & amat PANAS sekali memandangkan fakta-fakta yang dikeluarkan bertepatan dengan situasi sekarang.

Bila perbualan berlarutan, aku dapati rata-rata lelaki kaum melayu amat merasa terhina dengan apa yang telah dilakukan oleh kaum wanita mereka sendiri.. hahaha…

Ini dapat dibuktikan dengan survey2 yang telah aku jalankan terhadap beberapa lelaki gentle yang amat ku kenali. Antaranya Sham The Cutey, bRo aDi a.k.a HolyDevil and Al Puad from RedPlanet. Ada beberapa person lagi tapi tidak perlu disebutkan di sini kerana mereka ini lebih banyak ketawa dari memberi hujah2 yang bernas.

Antara fakta-fakta yang dirumuskan:

  1. Personaliti TV yang digilai ramai memilih untuk berkahwin dengan lelaki Mat Salleh biar pun mereka itu Duda atau pun sudah tua2 bangka. Alasan, mereka sudah memeluk Islam dan seperti biasa, kalau dah ade jodoh. Sepertinya jodoh itu datang dengan sendiri, jatuh dari langit tanpa buat ape2. Ehh.. kitaorang faham laa.. korang anggap Lelaki Melayu takde standard.. L
  2. Banyak anak-anak gadis kita(Melayu) lari mengikuti pemuda-pemuda budiman dari Lombok tapi 2nd one ni bolehlah dikecualikan kerana mungkin mereka juga Melayu.. kire ok la. Pemuda Lombok dikatakan sangat romantis kepada pasangan mereka. Jikalau tidak, masakan ada yang sanggup bersusah payah membanting tulang bekerja mencari nafkah seharian di Lombok, Indonesia & ianya dibuat tanpa dipaksa.. Semuanya dilakukan atas nama CINTA. Romantika sekali.. sungguh terharu..!! Kenapalah, begitu suci cinta untuk Pemuda-pemuda Lombok? Kenapa tiada seperti itu untuk pemuda tempatan? Tidak Romantik kah anak Adam kaum Melayu Malaysia? Tidak layakkah kami untuk kamu(PM)?? Apa yang kurang pada kami.. katakanlah wahai gadis-gadis ku..
3. Tidak terkecuali Bangla, Nepal, dan seangkatan dengannya. Alasan, mereka ini mukanya ada macam Shah Rukh Khan atau pun Salman Khan. Itu baru wajahnya macam pelakon Bollywood, klau pelakon itu sendiri alamaknya lelaki Malaysia especially Malay guys jangan keluar rumah.. malu woo.. tapi yang sangat menghairankan, diorang punya bau macam kari basi, korang(PM) masih lagi boleh selera? Mungkin kami(LM) baunya lagi haprak dari pekerja-pekerja asing kot?

4. Kebanjiran Pak Hitam ataupun Abg2 tegap berkulit ala-ala minyak 4T enjin 4 lejang juga menjadi pilihan. Macam iklan Beras Jati. Pilihan semua rakyat Malaysia cumanya tak sempat masuk TV. Yang ada pun dalam rancangan 999 atau 360 di TV3. Thanks a lot to Mazidul Akmal Sidek, aku dan kawan2 nampak macam dia sorang je yang beriye-iye mempertahankan maruah2 kite(LM). Seorang wanita yang pernah diinterbiu di rancangan tersebut mengatakan, Pak Hitam ini mempunyai banyak wang dan gadis2 tempatan suka. Mungkin ade betulnya jugak, klau nak pilih hensem, berbanding Pak Hitam ni hensem lagi Man Belon *Plus, aku rasa mereka ini mempunyai tenaga batin yang Super Duper. Dimana perginya khasiat Tongkat Ali yang diiktiraf dunia dan menjadi kebanggaan sekian warga Malaysia yang mengamalkannya?? Adakah kami(LM) sebenarnya selama ini tidak dapat memuaskan kamu(PM)?? Tapi ni hanyalah pendapat aku saje, selepas sekian lame melakukan pemerhatian dan mengkaji sistem pembiakan manusia.. WaHaHaHa…

kasi 4 fakta sudahlah.. dah malas nak taip lagi, kesimpulan yang boleh dibuat di sini, kita boikot saje Perempuan Melayu, ada duit kita pinang gadis Europe. Hahhahaha… Baru padan muke diorang(PM), ini tak, asyik2 dapat yang rejeck2 je. Bila diorang dah cerai berai baru datang cari Lelaki Melayu. Kita jugak yang sambut janda2 diorang. Mana aci macam ni, org luar dapat yang fresh kita duk nganga bermuram durja. Diseru juga di sini agar selebriti selaku Public Figure kurangkan kahwin Mat Salleh.. bukan selalu kekal pun. Jikalau ada yang terasa, mmg kami tujukan buat anda.. huahuahua.. Juga diharap selepas ini, composer lagu cipta lagu dgn tajuk2 nama lelaki pulak. Sudah cukup dengan Isabela, Jesnita, Suraya dan lain2. Lpas ni buat plak Jusoh ke, Azmi ke, Sidek ke atau lain2. Perempuan Melayu sekarang sudah cukup naik toncang membelakangi kita Lelaki Melayu. Moto kami di sini, Lelaki Melayu Power.




Lahirnya Seorang Blogger..




Hello There.. This is About ME 101

Menyingkap selama ini kehidupan penuh liku. Hari ini aku mencuba untuk Berblogger. Cuba berkongsi sesuatu di sini. Nama aku Azmi, seorang yang ringkas, mudah berkawan dan kadangkala kelakar("i think..") Pegangan hidup aku mudah, "Kurang Semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran." Siapa kata hidup ini Complicated? its more than that my friends. Semoga anda mendapat sesuatu daripada Blogger ini dan jangan segan untuk reply atau pun komen. TQ

Email : Risk.Celoreng@gmail.com