Tuesday, January 19, 2010

Kisah Semut



19 January 2010 ;

Ketika mendonggak ke langit, Jusoh termenung seketika mengenangkan sanak saudaranya yang kian kelaparan. Mengenang nasib adiknya Rogayah yang tidak mungkin bertemu jodoh angakara bentuk tubuh yang kurus. Kelihatan sepertinya berpenyakit, kurus dan lemah sekali. Mana mungkin menarik lawan jantinanya untuk dibuat pasangan jikalau berkeadaan begitu. Berderai air mata Jusoh. Perasaan sedih dibenaknya hanyalah sia-sia. Derita makhluk kenit yang digelar semut ini mustahil dirasai oleh Manusia yang merajai Dunia. Benar, Jusoh seekor Semut..

Mengimbas kembali kenangan lalu, Moyang Jusoh, Sidek mengetuai kumpulan semut dari Filipina berhijrah ke Malaysia pada tahun 1961 kerana mengetahui ada seorang Raja Gula Asia telah dinobatkan di Tanah Malaysia. Harapan beliau adalah untuk tidak lagi melihat anak bininya kelaparan dan itu terbukti kerana Robert Kuok selaku Raja Gula Asia menguasai 80% peratus pasaran Gula di Malaysia. Di waktu itu spesis semut amat gembira dan semuanya gemuk2.

Gula sememangnya menjanjikan keuntungan. Masakan tidak, Robert Kuok dijulang selaku manusia terkaya di Asia. Harganya akan sentiasa naik dan terus naik. Komoditi dagangan ini sekarang dikawalselia harga dan bekalan melalui Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. Di kedai makan mahupun di rumah2, semut2 sukar mendapati Gula.

Kesan kenaikan harga dan kekurangan bekalan turut mempengaruhi banyak pihak. NGO-NGO yang prihatin menyuarakan pendapat dan menghantar petisyen pada pihak yang berkenaan, Pembekal serta peruncit pula ada yang menyorokkan gula. Bagi mereka, duit adalah segala-galanya. Tiada langsung sifat jujur dalam melaksanakan perniagaan. Mereka(manusia) amat pelik kerana mengagungkan duit, sejenis kertas yang di atasnya mempunyai lakaran kepala seorang Raja. Pada mereka duit adalah segalanya berbeza sekali dengan sifat semut yang mengutamakan kerjasama serta hati budi yang baik. Tidak ketinggalan Pemilik Premis makanan yang menaikkan harga sesuka hati, sungguh pandai mengambil peluang orang meniaga ini kan? Bukan sahaja gula, Levi(bayaran yang dikenakan pada Pekerja Asing) naik pun mereka akan menaikkan harga jualan. Itu belum dikira lagi dengan isu kenaikan harga minyak.

Kerajaan Manusia tidak mampu berbuat apa-apa, kata mereka; cuaca buruk di India dan Brazil telah menyebabkan kedua-dua pengeluar terbesar gula ini menghadapi kekurangan 5 juta metrik tan pengeluaran gula. Komoditi ini juga menerima tekanan kenaikan harga akibat daripada penggunaan tebu bagi menghasilkan biobahan api. Itu kata merekalah.. Semut kurang mengerti Politik Manusia. Jusoh pernah mendengar kata-kata Pak Aji Usop di warung kopi, seorang Manusia yang senantiasa mengenakan pakaian berwarna hijau dan berserban, “inilah akibat klau hangpa semua pi duk sokong Kerajaan, Depa orang ataih nu pikiaq duit saja!! Sekarang siapa yang terpaksa tanggung? Rakyat jelata!!”.

Kini nasib semut-semut sekali lagi berulang sepertimana yang berlaku di Filipina pada tahun 60-an. Benarlah kata pepatah, Semut mati kerana Gula.. Hidup ini tak ubah seperti roda. Kadangkala hidup ini di atas, kadangkala di bawah. Jusoh perlu membuat keputusan segera. Adakah dia perlu berhijrah sepertimana yang dilakukan oleh Moyangnya dahulu ataupun dia tawakal kepada Allah, berharap berlaku keajaiban disuatu hari nanti dan yang pastinya dia perlu lekas bertindak..

Tamat Cerita Sang Semut..

No comments:

Post a Comment