Baru-baru ni aku ade borak2 kosong dengan kawan2.. tetibe keluar topik pasal perempuan melayu sudah tidak memilih lelaki berbangsa melayu.. Menarik & amat PANAS sekali memandangkan fakta-fakta yang dikeluarkan bertepatan dengan situasi sekarang.
Bila perbualan berlarutan, aku dapati rata-rata lelaki kaum melayu amat merasa terhina dengan apa yang telah dilakukan oleh kaum wanita mereka sendiri.. hahaha…
Ini dapat dibuktikan dengan survey2 yang telah aku jalankan terhadap beberapa lelaki gentle yang amat ku kenali. Antaranya Sham The Cutey, bRo aDi a.k.a HolyDevil and Al Puad from RedPlanet. Ada beberapa person lagi tapi tidak perlu disebutkan di sini kerana mereka ini lebih banyak ketawa dari memberi hujah2 yang bernas.
Antara fakta-fakta yang dirumuskan:
- Personaliti TV yang digilai ramai memilih untuk berkahwin dengan lelaki Mat Salleh biar pun mereka itu Duda atau pun sudah tua2 bangka. Alasan, mereka sudah memeluk Islam dan seperti biasa, kalau dah ade jodoh. Sepertinya jodoh itu datang dengan sendiri, jatuh dari langit tanpa buat ape2. Ehh.. kitaorang faham laa.. korang anggap Lelaki Melayu takde standard.. L
-
Banyak anak-anak gadis kita(Melayu) lari mengikuti pemuda-pemuda budiman dari Lombok tapi 2nd one ni bolehlah dikecualikan kerana mungkin mereka juga Melayu.. kire ok la. Pemuda Lombok dikatakan sangat romantis kepada pasangan mereka. Jikalau tidak, masakan ada yang sanggup bersusah payah membanting tulang bekerja mencari nafkah seharian di Lombok, Indonesia & ianya dibuat tanpa dipaksa.. Semuanya dilakukan atas nama CINTA. Romantika sekali.. sungguh terharu..!! Kenapalah, begitu suci cinta untuk Pemuda-pemuda Lombok? Kenapa tiada seperti itu untuk pemuda tempatan? Tidak Romantik kah anak Adam kaum Melayu Malaysia? Tidak layakkah kami untuk kamu(PM)?? Apa yang kurang pada kami.. katakanlah wahai gadis-gadis ku..


kasi 4 fakta sudahlah.. dah malas nak taip lagi, kesimpulan yang boleh dibuat di sini, kita boikot saje Perempuan Melayu, ada duit kita pinang gadis Europe. Hahhahaha… Baru padan muke diorang(PM), ini tak, asyik2 dapat yang rejeck2 je. Bila diorang dah cerai berai baru datang cari Lelaki Melayu. Kita jugak yang sambut janda2 diorang. Mana aci macam ni, org luar dapat yang fresh kita duk nganga bermuram durja. Diseru juga di sini agar selebriti selaku Public Figure kurangkan kahwin Mat Salleh.. bukan selalu kekal pun. Jikalau ada yang terasa, mmg kami tujukan buat anda.. huahuahua.. Juga diharap selepas ini, composer lagu cipta lagu dgn tajuk2 nama lelaki pulak. Sudah cukup dengan Isabela, Jesnita, Suraya dan lain2. Lpas ni buat plak Jusoh ke, Azmi ke, Sidek ke atau lain2. Perempuan Melayu sekarang sudah cukup naik toncang membelakangi kita Lelaki Melayu. Moto kami di sini, Lelaki Melayu Power.
kah kah kah tergelak aku senak perut baca tulisan ni , sedih kat (LM) pun ada gak tapi apa boleh buat itulah realitinya yang pastinya aku juga memilih mat saleh sebagai suami bukan aku reject LM tetapi sebenarnya LM kurang serius dalam sesuatu perhubungan dan dah cuba byk kali hingga aku kecewa, akhirnya cadangan kakak aku agar aku cari saja mat saleh senang dan dia org pun suka PM , dah 6 tahun kawin dan bahagia hingga kini.
ReplyDeleteDah jadi follower ke 12