Wednesday, January 20, 2010

Kelantan, Budu Dan ...


Minggu lepas sepatutnya menjadi hari yang paling mengembirakan untuk permulaan tahun 2010 buat aku kerana mengikuti trip ke Kelantan, Negeri Lindungan Kaabah ini. Khabarnya orang di sana peramah serta awek2 mereka sangat hot. Terujanya aku sehinggakan tidurku didatangi oleh seorang wanita yang sangat indah parasnya. Aku agak mungkin ini jelmaan Cik Siti Wan Kembang barangkali. Lagaknya sungguh sopan dan santun, langkahnya diatur dengan tertib, sungguh mempersonakan.. aku disapanya. “abe, nok beli Budu ambo dop?” Gayaku seperti dipukau, langsung ku borong ke semua budu gadis ini. Tersedar saja aku dari tidur, aku beranggapan nasib aku baik barangkali jikalau bertandang ke Kelantan kali ini
.

5 jam aku berada di dalam bas dengan penuh rasa sabar, perasaan teruja ku tahan. Bagi meningkatkan tahap keyakinan dan kemacholan aku, spek hitam yang aku pakai tidak dibuang2. Nafasku turun naik umpama kerbau memandangkan abis awek-awek ofis tidak jemu mengintai aku.. Ya.. aku sedari itu semua. Namun tetap aku diamkan. Biar sahaja kemacholan ku terserlah. Mungkin mereka semua sudah terpaut padaku.. hahahaha.

Dalam hatiku, Aku sudah bersedia menghadapi awek-awek hot di Kelantan. Tunggu saja ketibaan Lelaki sejati pujaan kaum hawa ini.

Tiba di sana, kami dibawa menginap di sebuah Hotel di Kota Bharu,Billion. Permulaan jadual adalah melawat sekitar Wakaf Che Yeh. Khabarnya di sana tapak pasar malam terkenal di Kelantan, umpama Downtown di ibu kota.

Seluruh tubuh aku mengeletar, aku gengam erat tanganku manakala mata dipejam. Sekuat hatiku melaungkan “YES..!!”

Mungkin benar di Wakaf Che Yeh mimpiku menjadi Realiti. Bertemu gadis di dalam mimpi. Lagu-lagu cinta berkumandang difikiran. Mak, akhirnya anakmu ini bakal bertemu jodoh. Merah padam muka aku pada masa itu. Aku akan siapkan duit sebanyaknya untuk memborong semua budu-budu gadis tersebut sepertimana yang terjadi dalam mimpiku. Dia sudah menyeru aku di dalam mimpi. Ini adalah petandanya!!

9.00 Malam; Di Wakaf Che Yeh, mataku meliar mencari gadis di dalam mimpi. Spek hitam tidak lagi aku pakai, fikiranku masih rasional. Bukan orang buta pakai spek malam2. Takkan nak buat malu pulak. Namun perasaan hampa menimpa diri ku, tidak jua ku jumpai gadis tersebut. Hampir 1jam aku berhempas pulas. Tiba-tiba, berkumandang suara merdu menyanyikan lagu Hindustan. Suaranya tak ubah seperti Alka Yagnik. Oh.. merdu sekali, tersentuh kalbuku ini. Tak sangka di Kelantan ini ada seorang gadis yang berbakat besar sekali setaraf artis International. Mungkin dia ini yang ku cari..

Gadis berdendang alunan Hindustan, kena sekali dengan jiwa aku. Hahaha… aku lihat sekumpulan orang yang sedang menikmati dan ada seorang gadis di kalangannya. Excited punya pasal aku redah lautan manusia menghampiri gadis tersebut. Lenggok lentoknya sungguh mengasyikkan, goyangannya amat maut sekali. Patutlah negara Haiti dilanda gempa bumi berukuran dalam skala 7.0 Ritcher baru-baru ini.

Semakin ku menghampiri, berdebar-debar perasaan ini. Sehinggalah jelas di mataku. Uweekk.. muntah hijau aku. Uwekk.. Uwekk.. JANTAN rupanya. Mintak simpang malaikat 44. Menyesal diri ini kerana menyimpan hasrat untuk memiliki lelaki ini. Gadis yang diharapkan, Jantan yang dapat. Sampai ke hari ini rasa geli bila memikirkan. Hilang abis mood berada di Kelantan.

Sungguh menghairankan, kenapalah Abe-Abe Kelate yang tampak Jantan-jantan ini mengasyikkan diri dengan dendangan lelaki menyerupai wanita. Mereka kelihatan sunggu terhibur. Bukankah Kelantan amat mementingkan sifat kelakian lihat saja perlawanan bola sepak, Kelantan no 1 Bergomo, bakar situ bakar sini. Semua kecut perut melihatkan aksi ganas dan bertenaga daripada penyokong Kelantan. Begitu juga pasal politik, tidak kalah Kelantan dan mempunyai ramai para ulama. Tapi kenapa umpamanya seperti menyokong lelaki yang menyerupai wanita?

Sekembalinya aku di rumah, aku ada membuat sedikit research di internet, dan aku temui, lelaki yang menyanyikan lagu hidustan itu di kenali sebagai Kajol di sana. aku umpilkan video dia dalam blog aku. Klau korang nak lebih, carilah sendiri.. berlambak dalam Youtube. Seram sejuk bila tgk. Hendak menikmati nyanyian Alka Yagnik itu sendiri, bulu roma aku sudah berdiri. Teringatkan visual kejadian di Negeri Kelantan, Negeri Lindungan Kaabah.

Bilakah agaknya mimpi ngeri ini akan berakhir…

No comments:

Post a Comment