Tuesday, February 2, 2010

Orang MemBeRi Kita MeRasa..

Henfon aku berdering, aku tgk jam kol 5.30. dgn yakin sekali aku tahu ni mesti Sammy SMS. Selalunya waktu-waktu macam ni la aku rasa paling meluat. Takder mende lain, mesti mintak kirim beli air kat kedai. Aku paling respek orang yang pandai kirim dengan air liur ni. Bayarnya tidak. Alasan yang selalu aku terima, “ alah setakat RM1.80.. takkan nak berkire. Kitekan dah macam adik beradik..”

Selagi boleh sabar aku sabar..

tapi pada waktu petang itu, aku rasa berlainan sekali, tidak seperti hari-hari biasa.. petang itu sungguh indah sekali.. ketenangan dan kepuasan yang jarang sekali dapat dinikmati.

Semasa mengorder air Milo Beng kegemaran Sammy, aku lihat Mamak itu gigit kuku. Entah kenapa secara tiba-tiba muka Mamak yang kebiasaan aku lihat umpama awan yang kelabu, tapi hari ini mataku terpaut dengan cahaya di wajah brader Mamak ini.






Aku tunggu dengan penuh sabar sekali. Di hadapan aku, mamak ni tgh bancuh air Sammy. Sekali lagi aku dapat melihat keajaiban berlaku. Mamak tu kesat hidung dia pastu sambung kacau air.. dia tgk aku, aku melebarkan senyum. Dia senyum balik. Hahahaha.. pastu aku tegur, “Onee.. kat idung tu ader ape belah kanan.” Dia sentuh balik idung dia.” Aku cakap lagi,” tepi belah dalam skit..” dah macam terkorek-korek idung beliau. Hahahaha.. aku sememangnya cukup puas.. padahal takder ape-aper pun. Then ayat last aku “ ok, dah ilang dah “. Hahahahahaha.. dia pun berenti korek pastu sambung kaco air Sammy. Last sekali, dia amik ais letak dalam plastic beg. Menggunakan tangan yang sama juga. Itulah waktunya di mana aku rasakan air itu penuh dengan sentimental value. Rasanya klau dia mintak RM10 pun aku hulurkan jua. Hahahaha…

Aku membuat pecutan dinamik pada motor yang aku tunggangi, confirm melebihi had kelajuan yang ditetapkan. Tapi aku merasakan kesian pada Sammy.. tentu dia dahaga. Aku juga tidak mahu Ais menjadi cair.. nanti tawar pula air itu, tak sedap pula dinikmati. Hahaha.

Sampai sahaja di rumah, Salam pun lupa nak bagi, aku terus meluru kepada Sammy. “Sammy, ni air ko.. aku dah mintak Abg tu buat kau-kau.Special punya.” Sammy say thanks.. aku lihat dia bukak. Dia sedut dalam-dalam. Aku masuk bilik, KAHKAHKAH aku ketawa. Ceria wajahku 2 hari. Hahahahaha..

*PS* Jangan selalu mengharapkan barang free. Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya. Credits to Sammy for this post.. Hahahaha..

No comments:

Post a Comment