Friday, February 5, 2010

Cerita Kedai Kopi

Letih betul rasanya hari ini, seharian aku memanjat pokok kelapa. Buahnya nanti boleh dijual pada Pak Mat, tauke minyak kelapa merangkap JKKK untuk kampung Harimau Jango dan Pengerusi JKKK untuk daerah Ulu Seberang Rado ini. Bukan calang-calang orangnya Pak Mat ini. Perniagaannya pun sekarang Nampak semakin maju dan berkembang, anak daranya pun masih belum disunting, alangkah senangnya kalau aku jadi menantunya, tak perlu lagi memanjat kelapa. Tapi itu hanya angan-angan, pabila berpijak di bumi yang nyata ini, harus aku sedari, Enggang sama Enggang, Pipit sama Pipit.

Dalam perjalanan untuk menghantar buah kelapa, aku terlebih dahulu singgah di warung kopi Pak Deris. “pekena kopi secawan.” Bisik benakku. Sebelum sempat melabuhkan punggungku di kerusi, Puad kawanku datang menyapa, reaksinya cukup berlainan. Sepertinya ada perkara yang hendak disampaikan.
“ Azmi, Pak Brahim kena tahan polis..!! ” terkedu seketika mendengar berita itu.

“ apa yang orang tua tu dah buat sampai kena tahan polis? “
“ Bukhari buat laporan yang dia kena liwat dengan Pak Brahim..!! “

Sukar untuk aku mempercayainya. Tapi sebelum ini pun Pak Brahim pernah ditahan kerana kesalahan yang sama, cumanya kali ini agak berlainan, kawan aku Bukhari itu berusia awal 20-an, masakan orang muda berdarah panas boleh diliwat dengan seorang yang usianya sudah mencecah lebih daripada setengah abad? Pelbagai persoalan mula menerjah di mindaku, sepatutnya tadi aku tidak singgah warung Pak Deris. Aku sememangnya bencikan persoalan. Dengan adanya soalan, kita akan jadi letih untuk mencari jawapan.
“ kau ni biar betul Puad, takkan orang tua tu buat perangai lagi? “ Aku bertanya lagi, mensahihkan berita itu.
“betul Azmi, tadi masa polis datang kat umah Pak Brahim, ramai yang tengok. Takkan aku saje-saje nak reka cerita. “

Perbualan kami menjadi semakin rancak, Muis pula datang menyertai diikuti dengan Adi.

“ lepas ni femes la Bukhari, tadi ader pemberita datang siap amik gambar lagi “ sampuk Adi.

Semuanya ketawa dengan seloroh Adi itu. Perbualan yang boleh diketegorikan serius ini masih boleh dibuat bahan jenaka. Benarlah kata orang tua, manusia suka melihat kejatuhan orang lain. Raut wajahku sudah bertukar, hendak marah pun tidak guna, mulut orang sukar ditutup.

“ Macamanelah Pak Brahim boleh meliwat si Bukhari ni.. hairan aku. Nampak badan tinggi, kuat tapi akhirnya tersontot juga… hahhaha..“ usik Muis.

“ tu la, aku pun heran Muis, Pak Brahim umur dah 62tahun. Tapi kalau ikut, hebat atuk kita ni. Kebiasaannya, kita lelaki menundukkan perempuan, tapi Pak Brahim boleh menundukkan lelaki. Hahaha… sungguh berbisa sekali, Maut habis tenaga batin Pak Brahim miliki ini. “ kata Adi sambil menyalakan rokok di mulut.

Gelak tawa di meja kami paling kuat. Pelanggan di sebelah juga dilihat turut pasang telinga dan jarang-jarang sekali aku boleh lihat mereka turut sama ketawa. “ Bila Bukhari kena liwat? “ Tanya aku.

Jawab Muis, “ khabarnya bulan lepas. “

Dalam hati aku menidakkan jawapan Muis ini. Mana mungkin Bukhari kena liwat bulan lepas, seminggu yang lalu dia baru sahaja mengikat tali pertunangan. Masih jelas difikiran aku melihat Bukhari tersenyum ceria pada masa itu. Bukankah kebiasaannya mangsa kes sebegini akan mengalami kemurungan yang teruk?

“ Dalam laporan Polis, sudah 8 kali Bukhari kena liwat.” Muis menambah.

“ Secara logic akal.. kalau dah kena sekali, takkan nak tunggu lagi beberapa kali baru nak report? Dan dari pikiran aku yang ade darah Sherlock Holmes ni, mungkin Si Bukhari ni kena pegang ramai-ramai kot baru Pak Brahim start projek dia. kalau tak macamane nak sontot klau Bukhari mengelepar.. dia kan kena liwat.. takkan suka sama suka kot?? ujar Puad menambahkan lagi keriuhan bunyi gelak ketawa di warung kopi.




;

“ Siapa yang nak bersekongkol pulak dengan Pak Brahim? “ Tanya Adi penuh minat.

“ Mungkin Pak Awi dengan Pak Mat, diorangkan dulu saling bermusuhan antara satu sama lain kerana hendak merebut tampuk pimpinan kampung, mungkin inilah masanya untuk mereka menjatuhkan Pak Brahim. “ Jawab Puad.

“ Merekakan saling berkelahi, macamane pulak diorang yang tolong Pak Brahim? “ Soal Muis pula kebinggungan.

“ Alah, ko jangan jadi bodoh.. Pak Mat ngan Pak Awi tahu kelemahan Pak Brahim yakni sukakan lelaki, jadi diorang berlakonlah nak tolong Pak Brahim. Pak Brahim pulak bila nafsu menguasai diri, dia gagal mengesan niat buruk Pak Mat dan Pak Awi ni. Jadi, di waktu kejadian, Pak Mat dan Pak Awi lah yang pegang Si Bukhari. “ kata Puad dengan penuh bangga mengemukakan teorinya.

“ Hahahaha.. ko memang layak jadi Polis Bantuan Kampung Puad, pandai putar belit cerita.” Kata Adi.

Aku cuma diam dari tadi, tidak ada apa yang patut aku tambah. Aku sedia maklum, cerita di warung kopi hanya membuang masa. Tidak dapat mengubah apa-apa pun. Banyak masa yang dibazirkan semata-mata untuk berbual kosong. Aku segera bingkas meninggalkan rakan-rakanku. Banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan. Walaubagaimanapun, aku harap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Tidak kisahlah siapa betul dan siapa salah, bagi aku kes sebegini menjatuhkan nama baik kampung dan juga Negara Malaysia sendiri..

*PS* Kaum lelaki sudah seharusnya meninggalkan tabiat berbual kosong di kedai kopi. Tradisi buang masa ini sudah diwarisi sejak sekian lama dahulu. Lelaki selalu mengata Perempuan pandai membawa cerita walhal kita(Lelaki) secara tidak sedar banyak bercerita di kedai kopi.

5 comments:

  1. Ya, dalam kes ni aku pun dengar cerita kedai kopi. Kata pembawa cerita tu, "Kalau anak-anak tuan dapat CGPA 1.5 macam Bukhari, bolehlah jumpa PM mohon biasiswa. Mana tahu kut-kut Tok JIb nak bagi..."


    Hahahahaha.......hampeh punya konspirasi. Memalukan alam Melayu di Malaya saja...

    ReplyDelete
  2. kedai kopi kene kopi pahtu maen dam baru layan bro..

    ReplyDelete
  3. kemahhhhhhhhhhhhh...ganas betul cerita niiii. tahniah dari paklang..

    ReplyDelete
  4. pening kejap nak memahamkan diri...tip top cite nih..bwk2 berfikirlah kite seme...hbs rosok org muda,sape nk jd pelapis nnt???

    ReplyDelete