Monday, February 11, 2013

PEKIDA : keRukunan atau Ancaman

kita tinggalkan dahulu bahang panas Setia Hujung Nyawa dan yang pastinya aku tetap akan keluarkan entry ke 2 untuk meneruskan kesinambungannya.

Entry aku untuk kali ini ditujukan khas buat sahabat baik, Zulkif(Pijoe). Panglima Bentan pada aku. Tidak gentar aku meredah dunia selagi ada sahabat seperti kamu disisi.



Time2 pilihan raya nak berlangsung ni, memang banyak betul bendeRa dan banner dari pelbagai paRti dinaikkan sepanjang jalan. Mungkin sedikit sebanyak boleh mempengaruhi minda masyaRakat yang akan berkuasa nanti untuk memilih.

Pembangkang mahukan tampuk pimpinan keRajaan, dan keRajaan pulak mahu kekalkan pemeRintahan.
Mempunyai Negara berkuantitikan  28juta penduduk, semestinya banyak pendapat yang berbeza mengenai haluan politik, dan yang pasti rakyat dambakan coRak pemeRintahan teRbaik untuk tanah air mereka.
Tapi hati aku teRgerak sekali bila terpandang berkenaan satu Banner yang diangkat menjulang seorang Ayahanda PEKIDA. Majlis Penganugerahan Pangkat Dato kepada Ayahanda tersebut. Tak perlulah aku jelaskan dengan detail cumanya aku ingin tahu sekali peRihal peRsatuan ini. Sejauh mana bakti kepada rakyat  yang dicurahkan sehinggakan pemimpin mereka diberikan pengiktirafan dalam masyarakat di Negara ini.

Mungkin hanya aku seorang yang kurang pengetahuan mengenai persatuan PEKIDA.

Sebelum ini pun kalau dengar cerita berkenaan PEKIDA, xde pasal lain, mesti bunyi mcam filem gangster. In fact, rakyat macam takut bila nak sebut PEKIDA. x macam PENGAKAP atau St. John Ambulans boleh dilaung2kan dengan riang ria x kire di mana pun berada.

First, ape yang aku buat adalah bertanya pada JKKK. Serius bukan gurauan, aku mahukan sudut pandangan daRi wakil keRajaan sendiri mengenai PEKIDA.

Soalan diajukan dan jawapan yang diberikan adalah “PEKIDA ni persatuan Silat kan?” aku kurang jelas, itu jawapan atau soalan pembalikkan??

aku ajukan lagi soalan, sengaja untuk berseloroh. “kalau kereta kita accident dengan ahli PEKIDA, berlaku salah faham  pastu dia hello kawan2 dia datang  3,4 orang kasi hentam sama kita, tu ke hasil yang dapat klau join persatuan ni??”.
Senyum kecil dilemparkan kepada aku seraya berkatalah Pak Cik JKKK itu..  “klau macam tu, join la PEKIDA.” confirm kurang pengetahuan jugak Pak Cik JKKK ni.

Hampa sekali dengan hasil yang dapat dari Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung. aku pulang n Google sendiri maklumat berkenaan PEKIDA. banyak yang aku jumpa, tak menghampakan cuma  

………………………….................................................................................................................


Susah untuk teRangkan keseluruhannya kerana mungkin ada khilaf dalam entry yang aku tulis ini. Untuk perkongsian, aku akan kasi fact type.

1.       PEKIDA adalah badan bukan kerajaan(NGO).
2.       Seramai 3 juta ahli di seluruh Negara.
3.       Berpegang teguh kepada konsep perjuangan berpandukan Al Quran dan Hadis juga mempunyai cogan kata “Amal Makruf, Nahi Mungkar”. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
4.       Menggunakan Lambang tiga garisan warna. Hijau(bersatu), Kuning(taat), Merah(setia)
5.       Lebih berkisarkan kepada aktiviti kekeluargaan seperti kenduri kendara, kematian dan sebagainya. 
6.       Pemimpin tertinggi dalam PEKIDA dipanggil Ayahanda/Bonda, seterusnya Abang Long/Kak Long, dan Abang Kawasan yang dilantik mengikut hirarki. Panggilan berbentuk seperti ini diberikan kerana persatuan ini amat mementingkan semangat kekeluargaan.

Nampak seperti bersih dan tiada apa yang hitam kan di dalam Persatuan ni. Namun kenapa ada ketakutan kepada pergerakan kumpulan yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran?

Timbul pula pecahan dari ahli yang keluar dari persatuan dan menubuhkan kumpulan baru yang berhaluan kiri. Mana perginya semangat bersatu, taat dan setia kepada keluarga? Apa pula tindakan Ayahanda akan anak-anaknya yang degil? Adakah keluarga PEKIDA ini gagal membentuk ahlinya sendiri? Muncul jenama baRu yang seringkali dikaitkan dengan PEKIDA, antaranya adalah 3 LINE yang dianggap Gangster Melayu. Mempraktikkan sistem Hirarki berkumpulan dan mempunyai gelaran yang saling tak ubah seperti PEKIDA itu sendiri.

Dilaporkan pergolakkan dan konflik dalaman persatuan ini mengakibatkan pergaduhan sesama MELAYU. Turut dilaporkan ada di antara mereka yang terjebak dalam kes peras ugut di sesetengah kawasan. Masih relavan kah sebenarnya matlamat penubuhan Persatuan kekeluargaan ini? Melayu yang sepatutnya menjaga kaumnya sendiri kini mula berpecah dan terumbang ambing.

Pengiktirafan yang diberikan kepada Ayahanda sepatutnya ditarik balik selagi kemelut dalaman tidak diselesaikan Kerukunan yang diharapkan kini sudah menjadi satu ancaman. Konsep PEKIDA itu sendiri sudah boleh digubal semula seiring dengan peredaran waktu.

Aku lebih suka jikalau berlaku sesuatu musibah sebagai contohnya tayar kereta bocor di tepi jalan, ade orang berhenti dan memperkenalkan diri sebagai Ahli PEKIDA datang membantu. Alangkah lega rasa hati dan nama PEKIDA itu sendiri akan harum. Waalahualam..


No comments:

Post a Comment