Tuesday, February 2, 2010

aDa uBi.. aDa Batas..

2 tahun aku merana kerana dianugerahkan seorang Bos yang cerewet dan ala-ala penyangak filem hidustan. Darimana entah genetic yang dia dapat sehinggakan mendapat bentuk fizikal yang sungguh buruk sekali. Tidak cukup dengan perut yang buncit, kumisnya pula klau diamati boleh hilang selera makan. Tapi tahniah la dekat dia.. kurang-kurang dia Bos.

Sekali sekala aku juga ada rasa kesian kat dia, mungkin time skolah dulu dia kena buli teruk-teruk. Pastu masuk U kena rejeck abis-abis dgn awek. Mana taknya, sampai skrg tak kawin2.. hahaha.. biasa la Bos.. selalunya memang begini klau jadi Bos.. kena kutuk kaw-kaw. Tapi itu masih tak cukup.. Sengsara hidup aku angkara kamu Bos.. Sampai hati kau memarahi aku di depan customer sedangkan aku juga manusia. Tingkah lakumu jua meluatkan aku, kau tak pandai buat tapi cakap punyalah baguih..

Hari ini dalam Sejarah.. seharusnya dikenang oleh semua. Tarikh keramat, 14 February, bersempena hari Kekasih. Ibumu ku nikahi. Aku bakal bergelar ayah tirimu.. sekarang apa perasaan kamu. Semua staff office ku jemput, aku raikan ke serata pelosok kampung. Jiwa aku puas. Who’s your Boss Now..!! hahaha.. Sekarang Jika kau tidak suka, kau boleh berambus, tapi selagi dirimu bersamaku.. peraturan aku harus dipatuhi. Biar aku ajar kembali adab sesama manusia kepada kamu. Macamane cara melayan seorang pekerja sepertimana yang kamu menjaga dirimu.

Di waktu malam ketika aku tengah bersiap sedia hendak bermadu asmara di malam pengantinku..
Kau hentak-hentakkan pintu. Sungguh kurang ajar.. mahu saja aku lempang anak biadap ini. GEDEBANGG..!! Pintu bilik terbuka..






WOii AZMI..!! Kau taknak pegi keje ke?? Dah LEWAT….!!!!

Rupanya aku berMimpi… tapi yang pastinya.. bakal dimarahi lagi aku kali ini… takper Bos.. Ada Ubi Ada Batas.. Suatu hari nanti pasti akan aku balas..!!

*PS* kepada bos-bos di luar sana, please.. sayangilah pekerja kamu.

2 comments: