Sunday, February 14, 2010

GeekiNDie

Tak dinafikan zaman kehidupan zaman sekarang amat menyulitkan. Bukan sahaja buat orang dewasa yang terpaksa membuat pelbagai keputusan yang sukar bahkan remaja bersusah payah berusaha bagi diterima masyarakat. Kita boleh lihat dan rasainya sendiri. Di awal usia 8-12 tahun, kita senantiasa merapikan rambut dan berpakaian kemas. Ibu pula menasihat, carilah ilmu agar berjaya.

Tapi pabila mencecah usia 13-18 tahun, perbuatan yang sama tidak lagi diamalkan dan harus ditukar.

Sebagai contohnya di sekolah menengah, jika kita berpakaian kemas, menyikat rambut dan selalu berdampingan dengan buku, kenalan di sekolah akan kata.. “ Loser “, “ Mat Skema “, “ Nerd “, “ Geek “ dan pelbagai lagi gelaran yang menyakitkan hati. Yang lebih teruk dari itu, ada dibuli kerana dianggap lemah.




Sebaliknya, cuba penampilan itu diubah. Rambut jangan lagi disikat, dan biarkan panjang. Kalau nampak berserabai lagi elok. Baju pula jangan dimasukkan ke dalam seluar, pakai pakaian yang dibeli dari kedai-kedai bundle, lagi buruk lagi baik. Tak cukup dengan itu, sila koyak rabakkan baju itu dan kalau hendak lagi cool, dari leher sampai paras dada jangan butangkan baju. Bagi yang memakai cermin mata, dinasihatkan menukar warna cermin mata. Kenakan cermin mata hitam berserta bingkai yang berwarna putih. Fuhh..Mesti ramai yang memandang.

Orang dahulu suka baca buku, kalau pergi mana-mana mesti bawa buku. Sekarang tak boleh lagi begitu. Terlalu kerap berdampingan dengan buku itulah sebab utama menerima jolokan yang kurang menyenangkan. Jadi untuk remaja sekarang, buku-buku letak tepi. Banyak-banyakkan lah belajar bermain music. Berdampinglah selalu dengan Guitar.. nescaya orang respect.

Anda boleh cuba mempraktikkan apa yang tertulis di atas. Rambut dah serabai, berpakaian pula ala-ala Jin Tanah pastu carry pulak satu guitar, Perghh.. Mantap!! Pegi round dekat jalan Bukit Bintang ujung minggu untuk mengetest market. Orang semua cakap.. Mat Indie.. We Love U.. awek2 hot semua confirm berebut2 nak berkenalan, manakala si lelaki yang memandang pula
cemburu habis wa cakap lu..!!

Entah laa.. agaknya dunia ini sudah terbalik..





2 comments:

  1. Mmg betol doh. Mentang2lah rambut aku ni biasa kembang je. Ada 1 hari tu aku buat kemaslah rambut aku ni. Ada awek tegor, "apasal kau ni nampak skima sgt ni. Mcm nerd lah pulak aku tengok kau ni." hahahaha. Mmg kelakor. Lepas tu aku pun jawab "oooooooo ye ke. Kalau mcm tu, rambut aku yg mcm tak lurus mcm ni lawalah dgn aku?" Awek tu pun jawab, "A'a, yg itu mmg kena ah dgn kau". Haha. Mmg dunia ni dah kearah terbalik dah. Perempuan pun paka pakaian mcm lelaki. Tak dok bende doh.

    ReplyDelete
  2. hahaha...ito macam ka...dasat beno cik Azmi kite berkarya skarang...wahahaha....

    ReplyDelete