Thursday, February 7, 2013

Jadi lah seperti Anjing kepada Tuannya.. Setia Hujung Nyawa. (paRt One)


Demam El Salina dan Zain Hakimi masih belum kebah lagi biar pun drama yang dimainkan ini sudah tamat episodnya. Boleh dikatakan ramai kaum hawa yang mengemari drama adaptasi dari novel ini dan mungkin juga ada segelintir kaum adam yang turut sama menikmati babak-babak kehidupan "Setia Hujung Nyawa" hasil coretan dari penulis Fatin Nabila.
Sememangnya menonton drama adalah jiwa untuk rata-rata suri rumah bagi melenyapkan segala tekanan yang berlaku setelah sekian hari berhempas pulas melayan karenah anak dan suami.

.
.
.
.
.
.
.
Aku sebenarnya tak ambik port sangat perihal drama melayu tapi memandangkan kawan aku begitu taksub bercerita hampir setiap hari mengenai cerita yang ditayangkan di TV3 ini, jadi sedikit sebanyak mempengaruhi aku untuk turut sama menonton drama Setia Hujung Nyawa. Benarkah begitu menarik sekali? Comel ke pelakon yang sering diperkatakan tu? Setia macamane yang boleh dinilai hingga hujung nyawa?

Tidak di permulaan sangat aku menonton drama Setia Hujung Nyawa tapi first impression aku.. Drama ini, Drama SAMPAH!! Banyak sekali yang aku tidak berkenan.. kalau korang semua membaca artikel dan tidak suka cara artikel ini ditulis, tolong maafkan aku sebagaimana korang memaafkan watak EL Salina apabila dia didapati mengandung anak haram. Terima Kasih..



Kita terpukau dengan kecomelan watak yang dibawak oleh pelakon, sungguh berkesan sekali. Fantasi penulis juga sungguh luar biasa dan aku pasti banyak kajian-kajian agama yang telah beliau lakukan sewaktu menulis karya sampah ini. Scene yang menjadi mimpi ngeri buat aku ingat balik El Salina buat-buat jual mahal dekat suaminya yang sah apabila mahu bersama. Begitu innocent, polos, suci, dan mulianya keperibadian seorang perempuan yang masih mahu menjaga kesuciannya apabila sudah mendirikan tangga. Lagaknya tak ubah seperti tidak mengenal apa itu erti Seks. Ketakutannya pada suami tetap disamakan seperti lelaki asing di luar sana. PADAHAL.. Haprak itu semua.. buatkan aku muntah bila diingatkan balik. ade ke Suami yang sah tidak mahu dilayan tapi boifren pula boleh dibelai sehingga mengandung??

Sebagai seorang lelaki, apakah tindakan anda yang se rasionalnye apabila mendapat tahu isteri atau girlfren mengandung anak orang lain?? Dalam cerita ni.. Zain sanggup mendiamkan diri dan memendam semuanya kerana mahu menjaga maruah keluarga. Adakah itu rasional?? itu semua sebenarnya daya imiginasi penulis yang sangat lemah. Cuba kita semua pejamkan mata dan fikirkan sejenak.. fikir sedalam-dalamnya.. apakah yang akan terjadi jikalau kita Isteri(untuk perempuan) yang dahulunya pernah mengandung atau tiada dara sebelum berkahwin dengan suami dan diketahui oleh Suami dan juga Suami(untuk lelaki) tahu berkenaan si isteri yang pernah mengandung anak haram atau tiada dara.. Apa yang akan berlaku Tuan Tuan dan Puan Puan? Rasanya ketika itu baik mati dari hidupkan.. Munkin juga ada yang bersedia untuk dibunuh oleh Suami.. hahaha!!

Jalan cerita ini cukup memberi pengajarankan.. Pengajaran di mana kita diajar untuk menerima pasangan seadanya dan mungkin ini akan menjadi trend di masa hadapan. Tidak mengapa terlanjur, yang penting dapat kahwin dan bertaubat, kalau dibuat lagi.. bertaubatlah lagi.. Rakyat Malaysia semuanya pemaaf. Tidak mengapa. Terlanjur bukan lagi masalah sosial.. Jikalau ada lagi yang memikirkan sebegitu, anda semua kolot dan bukan peminat "Setia Hujung Nyawa".

Watak-watak dalam cerita ini semuanya merapu.. Hadi sebagai sahabat karib boleh nak memporak perandakan rumah tangga sahabat sendiri?? tak logic.. ooo... Mungkin baru kenal 2 hari kot. tak pun kenal dekat faceBook pastu amik kerja kat ofis, then poop jadi lah kawan baik.. BullShit!! ditulis Hadi ni kaki perempuan, tapi takde pulak aku tengok Hadi berfoya-foya?? betul ke kaki perempuan ke kaki dia jenis halus macam perempuan... hahaha!! Apa yang hebat sangat El Salina sampai kawan boleh makan kawan? Sebab comel ke?? tak berbaloi.. banyak lagi di Dunia ni ade awek yang tersangat comel.. Kesimpulannya watak Hadi ni mmg tak masuk akal.

Ikram pulak yang tak putus asa nak mengorat lagi bekas awek terlanjur dia ni.. Macam dah takde perempuan lain. heRan aku dengan penulis? daya imiginasi letak kat lutut ke? kalau sayang.. kenape tinggalkan.. pastu datang balik? ade adengan semayang si Ikram ni.. kire alim jugak la. tapi Isteri orang diganggu? mintak lagi suruh berceRai??? WTF!!

Banyaknye aku tulis.. tapi tak habis lagi tau.. Tunggu bahagian ke-2...  : p



38 comments:

  1. i think u hv a point.. i'm kind of agree with it.. actually ihv been thingking about it too... too many illogical stuff that could never happen in real life...

    ReplyDelete
  2. salam...adakah anda baca nvl SHN? watak ikram tidak sebagaimana dlm nvl. watak ikram tidak dipanjangkan serupa dlm drama. watak hady juga tidak demikian. drama telah memanipulasikan nvl itu...mahu kutuk nvl tersebut, tolong baca dulu. itu adalah adaptasi longgar. ada pengajaran dlm nvl. di dalam drama, anda lihat dan nilai sendiri.

    ReplyDelete
  3. maaf bertanya....

    adakah anda pernah membaca novel Setia hujung nyawa ni? atau hanya menonton dramanya mula dari separuh jalan? rasanya anda tak pernah membaca novelnya.. maka tak adillah kalau anda menghentam penulis novelnya kerana yg dipertonton kt drama tu banyak beza dgn yg ada dlm novel.. kena pastikan hala tuju tulisan anda ini.. terima kasih..

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih kepada yang memberi komen. Sungguh bernas sekali dan memang saya sangat-sangat menantikan komen pembelaan ke atas SHN ini. tunggu post sambungan saya yang seterusnya dan buat masa ini, sila baca lagi Novel SHN.. terima kasih..

    ReplyDelete
  5. bukankah dalam nvl watak hady sgt baik? malah digambarkan lbh baik daripada zain. hady yg byk menasihati zain terima ersalina seadanya. watak ikram setakat hamilkan ersalina dan hilang. si penulis blog knp menghentam penulis sebegitu sekali? semua org buat silap.. bukan bermakna nvl ini mengangkat penzina...tetapi semua orang buat silap..dan paling utama adalah taubat. Allah terima taubat hambaNya walau sebesar bukit dosanya. sy juga tidak terima drama ini. tetapi bukan novelnya..pd sy novelnya tidak seburuk drama

    ReplyDelete
  6. Kenapa nak menghentam penulis novel???? Kenapa tak hentam penerbit dan pengarah drama ni??? Kesian pada penulis yang novelnya telah diadptasi dengan longgar..... Byk telah disalah erti....

    ReplyDelete
  7. drama pun x follow sepenuhnya sejibik macam novel. tak perlulah menghentam sebegini . =)

    ReplyDelete
  8. Salam bro..ak pun sbnrnya xtgok mana drama melayu tp slalu baca kat post2 fb ak. disbbkan ingin tahu dgn lebih lanjut ak download cite tu tp ak sndiri xtau ape yg bestnya. nk kate cam smpah tu xla bro tp cam xmasuk akal pun ad. cite2 mcm ni la yg byk bg pengaruh kat remaja2 skrg. bukan remaja je tp sluruh lapisan masyarakat lah jgk. apa kate bro plak buat satu drama yg boleh bg kesan positif kat anak2 muda kita skrg..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. xsmestinya akan mempengaruhi remaja. jika ada pegangan hidup dan agama insyaAllah tidak akan tersasar jalan. janganlah nak menherdik cerita dan penulis novel 2.... bg saya novel 2 mmg best tapi cuma crita 2 dia tukar sedikit sahaja. tapi walaupun dia crita 2 di ubah watak2 yg di bawa amat berkesan sekali sehingga bnyk yg minta crita 2 dipanjangkan

      Delete
    2. Dog zina....dz dog...

      Delete
    3. mana pusaramu.aku sakit ni

      Delete
  9. Tulah. Cakap banyak. Cuba saudara yang buat drama sendiri dan bagi peluang untuk KAMI pula menilai dan menghentam saudara. Sila jaga bahasa dan tatasusila ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul 2 suka hati dia sahaja nak hentam penerbit dan penulis novel 2

      Delete
  10. tu sbb rosyam nor ckap drama nih just adaptasi longgar..banyak sngat perbezaan dgn novel..btol..hady dlam novel x sejahat dlam drama..dan ikram wataknya x dipanjangkan seperti dlam drama,dlam novel seleps family dya ke yaman tros habis watak tu..so nasihat saya...baca novel dulu dan wat kajian perbezaan novel dan drama...jangan tros menghentam penulis novel...:)

    ReplyDelete
  11. jangan jadi bodoh wahai penulis blog! anda yg tidak bukakan mata anda dan otak anda ada dekat lutut..sebab? anda boleh fikir sendiri.

    ReplyDelete
  12. Ulasan ni yang sampah sebenarnya.
    Next !

    ReplyDelete
  13. U oll bagi la peluang kat penulis blog ni saudara Azmi Ismail sebab rasa nya dia dalam usaha dia untuk mengubah dunia tu.

    ReplyDelete
  14. wahai penulis blog yg terhormat.. kalau nak menghentam penulis pon agak2 la.. lain kali bace dulu novelnye.. jgn sedap tangan je nak menulis.. baru la nak menghentam ke apa ke.. yg penting soal selidik dulu.. hady dan ikram pon xla seperti yg anda ckpkan..

    ReplyDelete
  15. Opps..setia hjg nyawa mmg drama yg best..plot tersusun..tak usah nk slhkn siapa2..semua org prnh buat silap,..apa yg pnting, brni mcuba..itu semua kn hnya lakonan semata mata..can you think it? penulis blog : klau rasa hebat sngt, sila ilhamkan Novel sendiri.. Mohon maaf penulis blog., tq..

    ReplyDelete
  16. Salam saudara
    bnyk prbezaan ant novel dn drama SHN..sya slh sorng drpd peminat setia drama SHN..yup di akui bnyk kelemhn dlm pengolahan skrip drama..tp bg saya drama ni hanya sekadar hiburan..tpulang pd penonton utk mnilai..anggap ianya skadar hiburn ringan dn yg pasti kita sbg manusia yg waras tdk perlu tlalu taksub dgn perkara2 yg tdk bfaedah..ada nilai positif kta bleh ambil pd drama SHN ni..bkn drama ni shaj..bnyk jga drama lain yg ad beri pengajrn..saya mnonton hnya skadar ingin lpskn lelah stlh penat sharian bekerja..x slh kita menonton..man jga kndng perlukan hiburn..namum msih ada batasnya...tepuk dada tnya iman.

    ReplyDelete
  17. Dear all......xpyh nak mrh2 dgn penulis ni....kte komen dia balik pun dia grenti tak ambek endah punye...coz dia ni kaki komplain....hidup tak pndi bersyukur...sentiasa bfikiran negatif......oi En Penulis....drama dunia ni dh mcm2.....drama tv pn bleh jadi mcm2....itu terpulang kpd individu utk menerimAnya....tp dgn mberi komen kasar mcm dlm blog kau ni, itu nmanya kurang ajar...mgkn penulis blog ni org yg kurang didikan kot....otak pun bleh jadi senteng...asyik sgt bfikiran negatif

    ReplyDelete
  18. Penulis ni xde idea dh nk tls kot,xde port lain nk pertikaikn,kalau ko xsk cerita ni,xpyh nk kecoh2 n komen2 la..lain org,lain minatnya,2 pn nk kecoh,ntah ape2 la,otak senteng btl..dia yg xminat cerita SHN,nk pertikai ntah ape2.

    ReplyDelete
  19. Saya xmembela mana pihak,tp Allah telah menyuruh kita supaya solat istikharah jika bertemu jodoh,Allah sebaik2 pengharapan dan menemukan jodoh yg terbaik,dlm cerita ini,tuan penulis patut berikan pandangan baik dan pengajaran serta cara mengatasi,bukan melihat pada kelemahan sahaja,xkira ikut novel atau tidak,jalan cerita tetap sama,mohon penulis blog memberi kata2 positif utk mngatasi mslh sebegini kian menular,bukan menghentam org yg sudah bersalah dan tiada ruang untuk berubah
    anda kn sedang berusaha berhenti merungut dan sedang mengubah dunia,jadi ubah lah dunia kepda org baik dan beriman dengan cara berhikmah

    ReplyDelete
  20. Looh..cerita pun nak kecoh..kalau kau tak suka masih ramai yang suka. Tak jadi kudis pun. Baca novel dulu, baru komen ye. Itu drama di adaptasi longgar. Ke tak tahu adaptasi longgar tu macam mana? Penerbit ambil jalan cerita base on that novel. Haiyaa..tak payah lah nak hentam penulis. Pergi cakap dekat penerbit atau pengarah cerita ni. Banyak mulut je, banyak menulis tapi kalau tak guna otak pun tak ada guna.

    ReplyDelete
  21. Novel ni banyak pengajaran sebenarnya. Mana ada orang yang suci, bersih daripada dosa. Contohnya, ersalina tu dah terlanjur, itu kisah lampau dia, kalau dia dah bertaubat, dah tak jadi masalah pun. Kalau suami dia tahu hukum Allah, dia tak kan tinggalkan isteri dia, meskipun dia tahu isteri dia dah terlanjur DAHULU, tapi dah berubah sekarang. Betul, tak salah awak beri pendapat tapi pendapat awak banyak menghentam, provakasi. Ada pro and cons cerita ni. Nama pun adaptasi longgar, jadi saya minta awak jangan hentam penulis novel tu. Dan untuk pengetahuan awak, kisah macam ini pernah berlaku dekat kawan saya sendiri. Adakah salah untuk dia bertaubat? Kita nak hukum dia lagi ke kerana kesilapan silam. Allah yang lebih layak menghukum. Dosa lalu dia, dengan Allah.

    ReplyDelete
  22. siap ada komen part 1.. dan seterusnya.....apa punye penulis daa...ko x suka dok umah diam-diam....drama ni hanya lakonan semata-mata....yg baik jadikan panduan....yang tak baik jadikan tauladan....apa daa....macam budak-budak le ko ni...tak matured lansung....ambil series sangat...byk lg drama yg terok jalan ceritanya kat tv ni...mcm cerita kat astro oasis...yg wanita pakai purdah tu...ko tak komen pun......apa-apapun..penulis novel ni bukan suka2 hati menulis cerita ni....dia ketengahkan apa yg berlaku pada masyarakat sekarang ni...ada pengajaran disebaliknya...bukan suka2 mengangkat penzina mcm yg ko maksudkan....cubale bersifat matang...merungut pd benda yg ntahapapantah....rileksla bro...jgn amek series....

    ReplyDelete
  23. so very the poyo si penulis blog nie...hello!!!!blog tak femes ke sampai kena buat entri pasal SETIA HUJUNG NYAWA..nak tumpang populariti setia hujung nyawa ke???? cakap je lah.tak payah nak mengutuk bagai.kalau nak cakap pasal cerita yg tak logik,berlambak kat luar sane tu..orang yg berfikiran negatif mcm penulis blog ni la yg tak pandai mencari pengajaran dalam sesuatu drama.yang taunye mencari salah..cara si penulis tu menulis mcm dia perfect sgt jer..kesiannnnnnnnn..tak suka diam2 dah la bro.mesti happy giler kan bila dpat komen2 dari peminat setia hujung nyawa nie??? mesti puaskan??mesti rasa dapat sakitkan hati kitorang kan??sebenarnye tujuan si penulis nie bukan ape.nak memuaskan diri sendiri jer.boring agaknye duduk rumah tak buat ape2..

    ReplyDelete
  24. hahaha secara tak langsung blog ni dah femes. inilah yg tuan blog mahu..blog dia diterjah...pada aku, drama tu memang ada nilai tak brp baik, tapi kita boleh fikir. mana baik dan buruk. komen sampah blog ini, ada benarnya. tetapi u tak ada kebebasan nak hina karya org lain. org mcm dia ni, seolah hanya dia sahaja yg betul. lain kali komenlah secara berhemah. tq

    ReplyDelete
  25. hahahaha.....org melayu biase la...cakap jew pandai...habuk pon xde...lebih kuah dari nasik....ukur baju di badan sendiri la bro..

    ReplyDelete
  26. penulis blog mane yg BODOH sangat ni?!!!...kalau tak pernah baca novel tu tak payah la nak hentam2 karya orang..cuba tulis sendiri, entah2 lebih dari sampah penulisan kau tu..kalau yang sakai nye drama tu bukannya novel..plotnya tak sama langsung..jangan lah nilai dari satu sudut je..lagipun novel tu ada pengajaran dan bukanlah suka2 hati penulis je nak tulis malahan idea nak buat jln cerita sebegitu pun brdasarkan hadis..kalau org yg berzina akan berkahwin jugak dgn org yg berzina..lain kali nak hentam org pon fikir pakai otak, bukan pakai kepala lutut!!

    ReplyDelete
  27. Kawen dgn org y da terlanjur 2 jihad bro...org y da terlanjur pandai pulak duk pdg serong....org xsemayang???pe cte...2 pon dosa besar bro...pk2 kan la...org y letak otak kat kepala lutut pon boleh pk....

    ReplyDelete
  28. Laen x bce dlu novel nye...pas2 bndingkn dgn jln cite drama 2...ko ni koya je lbih sdare...ke kne btang idong sndri cte ni??ko ke??family??ank??dont judge a book by its cover yer incik abg...cte byk pngajaran kot...tok suami istri...tok rmaje mse ni...tok mk ayh yg cbuk nk mnutup slah ank sndri smpai mkn dri...pk laaa...idop ni prlu byk pngajaran n pngalaman...wlaupon dr pngalaman owg laen...klu pngalamn sdare pon kmi sume ley wt jd tladan gak..tau pe??serbu rmah org tnpe salam...2 prumpamaan laa..pas2 yg xley bla tros g dpor wt air mnom...mlu jeeee!!!!!

    ReplyDelete
  29. Ko ni ibarat ayam..klu nk bkokok,bkokok la kt reban je...xpyh laa g kndang pon nk bkokok...

    ReplyDelete
  30. azmi ismail (blogger sawan a.k.a gile glemer)February 12, 2013 at 4:38 AM

    sah dia tak bc nvl SHN. ersalina ler penulis..bukan el salina.. awk komen dramanya tp kenapa hentam penulis nvl? berdoa awak kata penulisnya letak otak di lutut..en tuan blog, mengutuk org tak dosa ke? dlm dunia ni takde yg mustahil. bekas pelacur, bekas bohsia / bohjan ramai yg menikah. salahkah zain bahagia dgn isterinya biarpu pernah ada sejarah hita? hehehe alahai tuan blog yg otaknya letak di lutut..kuikuikui..komen awk memang sampah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sah dia tak bc nvl SHN. ersalina ler penulis..bukan el salina.. awk komen dramanya tp kenapa hentam penulis nvl? berdosa awak kata penulisnya letak otak di lutut..en tuan blog, mengutuk org tak dosa ke? dlm dunia ni takde yg mustahil. bekas pelacur, bekas bohsia / bohjan ramai yg menikah. salahkah zain bahagia dgn isterinya biarpu pernah ada sejarah hitan? hehehe alahai tuan blog yg otaknya letak di lutut..kuikuikui..komen awk memang sampah!

      Delete
  31. ini baru betul3 tepat komennya..bandingkan nvl dengan drama. bukan mcm AI, sesedap mengutuk..

    http://busuk.org/ping/view/441652

    ReplyDelete
  32. ni namanya kritikan, setiap org mempunyai kritikan masing2 dan itu adalh pendapat diorng, jd kita kena hormat... TAPI sebagai seorg pengkritik kena jaga percakapan anda, kelak binasa diri... :) dn sebelum mengkritik kena analisis dulu sesuatu perkara tu, jgn berfikir dengan fikiran yang kosong dan xda pengetahuan...

    ReplyDelete