Sunday, January 17, 2010

Bro Bung Mokhtar IDOLA kami..!!

Assalamualaikum..

Kali ini aku ingin sekali berkongsi mengenai seorang tokoh yang boleh dijadikan idola korang. lately, beliau amat menarik perhatian aku. mungkin kerana isu yang diperkatakan serta nama beliau sama seperti nama ayah sahabat baik ku yakni Brader Bung Mokhtar. Bagi aku nama Mokhtar ini amat berhantu kerana ianya selalu dipasangkan dengan orang yang hebat2. Sebagai contohnya,Mokhtar Dahari. Lagenda Bola Sepak Malaysia.

Berbalik kepada Brader Bung, beliau ini lebih dikenali di Persidangan Parlimen kerana handal berseloka dan sekarang amat hangat diperkatakan mengenai isu perkahwinan beliau dengan pelakon terkenal Zizie Ezzette. Sebelum kita menyelami topik utama, marilah kita sama2 mengenali serba sedikit mengenai Bro Bung kita ini.

Merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah. Dilahirkan pada 15 September 1959 *(kire Zodiak Virgo Brader Bung, tidak hairanlah kerana orang yang berzodiakkan Virgo ini dikatakan dapat memuaskan pasangannya, amat Romantika serta boleh bersabar dengan tingkah laku pasangannya) Hahahah…

Brader kite ini juga berketurunan orang Sungai.. hurmm.. barulah make sense muke beliau ada iras-iras Drebar Lori. Tolak campur.. umurnya baru sahaja 51. Muda lagi…

Jadi, apa yang aku nak tekankan di sini adalah, bukan untuk mengumpat tapi mengucapkan tahniah di atas kejayaan memperisterikan Zizie Ezzette. this information aku dapat dari akhbar.

Cuma aritu aku bace, yang Bung Mokhtar buat statement, “Saya tak Kacak”.. sungguh rendah diri orangnya bRo Bung kita ini. Ya.. mmg kami akui bahawa bRader mmg tak kacak, tapi dengan kesungguhan serta kecekalan, brader Bung berjaya memperisterikan seorang wanita yang begitu mengiurkan di bumi Malaysia ini. Tahniah diucapkan. Kami lelaki melayu merasa bangga dan amat terharu sekali kerana kisah cinta bRader Bung merealisasikan iklan coklat Cadbury, di mana seorang budak nerd yang nak cube test edjust seorang awek hot.. namun apa yang dia ada hanyalah coklat, dan kerana coklat itu.. dia dapat awek tersebut. Iklan itu dikatakan fantasi dan mustahil untuk dikecapi oleh lelaki.. mana mungkin sebegitu senang nak dapat awek Hot, tetapi melalui kisah bRader Bung Mokhtar, iklan itu seumpama menjadi reality tapi dalam bentuk versi Drebar Lori la bukan budak nerd. Lenggok dan lentok Zizie Ezzete serta kemontokannya dan sekaligus kulit putih gebu beliau menjadi igauan setiap lelaki.. hahahaha.. tapi alih2 bRo yang dapat.. hahahaha.. hebat2. Sekali tgk Zizie pun dah macam White Coklat. Wakakaka..

Jauh di sudut hati, kami yakin dan percaya bahawa Cinta ini adalah murni. Jangan terlalu percaya pada propaganda yang mengatakan Zizie dapat Banglo, BMW dan macam2 lah. Zizie bukan seorang yang gilakan kebendaan. Tu semua dah lapuk. Klau ada yang berfikiran buruk terhadap meraka berdua, pasti korang ini tidak percaya pada Cinta Sejati. Korang mesti pernah tgk cerite Beauty and the Beast. Bagaimane sucinya hati Beauty menerima Beast, begitu jualah Zizie menerima Bung Mokhtar. Kita fikirkan secara rasional.. jikalau tgk wajah Brader Bung ini, korang ader selera tak?? Aku boleh terime lagi klau ader girls kat luar sana yang jawab not my type.. tapi ni rate2 jawab takder selera trus. Mintak maaf ekk Brader.. bukan umpat ni, biarlah kisah bRader ni memberi impak serta pedoman pada orang di luar sana. Tapi macamane Zizie yang umpama Tuan Puteri Kayangan ini boleh menerima Bung, klau tak kerana hatinya yang suci dan baik.

Sekali lagi, kami di sini mengucapkan tahniah yang tak terhingga kepada Datuk Bung Mokhtar Radin, diharap selepas ini rumah tangga Datuk kekal hingga keanak cucu, tidak dilupakan pesanan buat Datuk, bersikap adillah pada isteri2. Jangan leka pada yang baru saja.. hahahhahha.. Sekian..

3 comments:

  1. oit..kekgi kene saman ngan adun Kinabatangan kan...wahahaha...

    ReplyDelete
  2. Ye lah tu. Tp mamat ni dok leh wat jadi Idola. Punoh ranoh mung kekgi.

    ReplyDelete