Demam El Salina dan Zain Hakimi masih belum kebah lagi biar pun drama yang dimainkan ini sudah tamat episodnya. Boleh dikatakan ramai kaum hawa yang mengemari drama adaptasi dari novel ini dan mungkin juga ada segelintir kaum adam yang turut sama menikmati babak-babak kehidupan "Setia Hujung Nyawa" hasil coretan dari penulis Fatin Nabila.
Sememangnya menonton drama adalah jiwa untuk rata-rata suri rumah bagi melenyapkan segala tekanan yang berlaku setelah sekian hari berhempas pulas melayan karenah anak dan suami..
.
.
.
.
.
.
Aku sebenarnya tak ambik port sangat perihal drama melayu tapi memandangkan kawan aku begitu taksub bercerita hampir setiap hari mengenai cerita yang ditayangkan di TV3 ini, jadi sedikit sebanyak mempengaruhi aku untuk turut sama menonton drama Setia Hujung Nyawa. Benarkah begitu menarik sekali? Comel ke pelakon yang sering diperkatakan tu? Setia macamane yang boleh dinilai hingga hujung nyawa?
Tidak di permulaan sangat aku menonton drama Setia Hujung Nyawa tapi first impression aku.. Drama ini, Drama SAMPAH!! Banyak sekali yang aku tidak berkenan.. kalau korang semua membaca artikel dan tidak suka cara artikel ini ditulis, tolong maafkan aku sebagaimana korang memaafkan watak EL Salina apabila dia didapati mengandung anak haram. Terima Kasih..
Kita terpukau dengan kecomelan watak yang dibawak oleh pelakon, sungguh berkesan sekali. Fantasi penulis juga sungguh luar biasa dan aku pasti banyak kajian-kajian agama yang telah beliau lakukan sewaktu menulis karya sampah ini. Scene yang menjadi mimpi ngeri buat aku ingat balik El Salina buat-buat jual mahal dekat suaminya yang sah apabila mahu bersama. Begitu innocent, polos, suci, dan mulianya keperibadian seorang perempuan yang masih mahu menjaga kesuciannya apabila sudah mendirikan tangga. Lagaknya tak ubah seperti tidak mengenal apa itu erti Seks. Ketakutannya pada suami tetap disamakan seperti lelaki asing di luar sana. PADAHAL.. Haprak itu semua.. buatkan aku muntah bila diingatkan balik. ade ke Suami yang sah tidak mahu dilayan tapi boifren pula boleh dibelai sehingga mengandung??
Sebagai seorang lelaki, apakah tindakan anda yang se rasionalnye apabila mendapat tahu isteri atau girlfren mengandung anak orang lain?? Dalam cerita ni.. Zain sanggup mendiamkan diri dan memendam semuanya kerana mahu menjaga maruah keluarga. Adakah itu rasional?? itu semua sebenarnya daya imiginasi penulis yang sangat lemah. Cuba kita semua pejamkan mata dan fikirkan sejenak.. fikir sedalam-dalamnya.. apakah yang akan terjadi jikalau kita Isteri(untuk perempuan) yang dahulunya pernah mengandung atau tiada dara sebelum berkahwin dengan suami dan diketahui oleh Suami dan juga Suami(untuk lelaki) tahu berkenaan si isteri yang pernah mengandung anak haram atau tiada dara.. Apa yang akan berlaku Tuan Tuan dan Puan Puan? Rasanya ketika itu baik mati dari hidupkan.. Munkin juga ada yang bersedia untuk dibunuh oleh Suami.. hahaha!!
Jalan cerita ini cukup memberi pengajarankan.. Pengajaran di mana kita diajar untuk menerima pasangan seadanya dan mungkin ini akan menjadi trend di masa hadapan. Tidak mengapa terlanjur, yang penting dapat kahwin dan bertaubat, kalau dibuat lagi.. bertaubatlah lagi.. Rakyat Malaysia semuanya pemaaf. Tidak mengapa. Terlanjur bukan lagi masalah sosial.. Jikalau ada lagi yang memikirkan sebegitu, anda semua kolot dan bukan peminat "Setia Hujung Nyawa".
Watak-watak dalam cerita ini semuanya merapu.. Hadi sebagai sahabat karib boleh nak memporak perandakan rumah tangga sahabat sendiri?? tak logic.. ooo... Mungkin baru kenal 2 hari kot. tak pun kenal dekat faceBook pastu amik kerja kat ofis, then poop jadi lah kawan baik.. BullShit!! ditulis Hadi ni kaki perempuan, tapi takde pulak aku tengok Hadi berfoya-foya?? betul ke kaki perempuan ke kaki dia jenis halus macam perempuan... hahaha!! Apa yang hebat sangat El Salina sampai kawan boleh makan kawan? Sebab comel ke?? tak berbaloi.. banyak lagi di Dunia ni ade awek yang tersangat comel.. Kesimpulannya watak Hadi ni mmg tak masuk akal.
Ikram pulak yang tak putus asa nak mengorat lagi bekas awek terlanjur dia ni.. Macam dah takde perempuan lain. heRan aku dengan penulis? daya imiginasi letak kat lutut ke? kalau sayang.. kenape tinggalkan.. pastu datang balik? ade adengan semayang si Ikram ni.. kire alim jugak la. tapi Isteri orang diganggu? mintak lagi suruh berceRai??? WTF!!
Banyaknye aku tulis.. tapi tak habis lagi tau.. Tunggu bahagian ke-2... : p



.jpg)
